Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rosmah Muncul Di Mesyuarat MKT UMNO, Dipercayai Adakan Pertemuan Dengan Zahid Hamidi
Isteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor dilaporkan membuat kemunculan di Menara Dato’ Onn WTC sebentar tadi.
Menurut laporan Bernama, beliau dipercayai akan mengadakan pertemuan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kehadirannya itu juga dipercayai mengejutkan para media yang hadir membuat liputan di situ.
Dalam pada itu, Zahid Hamidi akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam ini.
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber: Bernama