Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RTM Perkukuh Keselamatan RTMKLIK, Kekang Akses Luar Negara Guna VPN

rtmklik
Gambar:

RTM Perkukuh Keselamatan RTMKLIK, Kekang Akses Luar Negara Guna VPN

Radio Televisyen Malaysia (RTM) memaklumkan bahawa pihaknya mengambil maklum mengenai laporan berkaitan akses siaran Piala Dunia FIFA 2026 melalui penggunaan aplikasi Rangkaian Persendirian Maya (VPN) dari luar negara menerusi RTMKLIK.

Dalam satu kenyataan, RTM memaklumkan telah memperkukuh infrastruktur keselamatan digital pelbagai lapisan bagi melindungi hak siaran eksklusif dan pelaburan industri kreatif negara.

"Pemantauan serta penambahbaikan teknikal turut dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan kestabilan platform dan pengalaman tontonan yang optimum.

"Sebagai pemegang hak siaran Piala Dunia FIFA 2026 di Malaysia, RTM komited memastikan perkhidmatan ini dapat dinikmati dengan lancar oleh penonton tempatan serta mematuhi syarat pelesenan dan hak penyiaran yang ditetapkan," tegas RTM.

Dalam pada itu, RTM menghargai keprihatinan serta kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklum balas yang membantu meningkatkan mutu perkhidmatan penyiaran negara. 

Sumber:Facebook