Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rundingan Dengan Iran Diteruskan Melalui Telefon - Trump

Iran
Kredit: AFP

Rundingan Dengan Iran Diteruskan Melalui Telefon - Trump

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan bahawa rundingan berterusan antara Washington dan Tehran kini diteruskan menerusi panggilan telefon, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut beliau, pendekatan tersebut dilihat lebih praktikal berbanding keperluan melakukan perjalanan jauh setiap kali rundingan diadakan.

“Kami sedang mengadakan rundingan dengan mereka sekarang, dan kami tidak lagi perlu terbang selama 18 jam setiap kali mahu melihat satu dokumen. Kami melakukannya melalui telefon,” katanya kepada pemberita di Rumah Putih.

Terdahulu, Iran dan Amerika Syarikat mengadakan rundingan di Islamabad pada 11 April, namun gagal mencapai persetujuan bagi menamatkan konflik yang tercetus sejak 28 Februari.

Perjanjian bergantung kepada penghentian program nuklear Iran

Menurut portal AA, rundingan itu menyusuli gencatan senjata selama dua minggu yang diusahakan oleh Pakistan pada 8 April, sebelum dilanjutkan oleh Trump.

Walaupun rundingan kini dijalankan secara jarak jauh, Trump mengakui beliau lebih cenderung kepada pertemuan secara bersemuka kerana dianggap lebih berkesan.

“Saya sentiasa suka bersemuka, saya anggap ia lebih baik. Namun, apabila perlu terbang selama 18 jam setiap kali bermesyuarat, sedangkan perkara yang akan dibincangkan sudah diketahui, ia menjadi sesuatu yang tidak munasabah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan bahawa sebarang perjanjian hanya akan dimeterai sekiranya Iran menghentikan sepenuhnya usaha untuk memiliki senjata nuklear.

Sumber:Anadolu