Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rupanya Cara Berus Gigi Ini Buat Ubat Gigi 'Bazir' Je

Cara Berus Gigi
Gambar: Ai

Rupanya Cara Berus Gigi Ini Buat Ubat Gigi 'Bazir' Je

Memang tak boleh dinafikan, berus gigi ni dah jadi rutin paling wajib dalam hidup kita setiap hari.

Bangun tidur je, benda pertama kita cari mesti berus gigi. Nak tidur malam pun, kena pastikan mulut bersih dulu.

Barulah nafas tidak berbau, bahkan gusi berdarah sampailah gigi berlubang sekurang-kurangnya dapat dicegah.

Bercakap tentang berus gigi, boleh dikatakan setiap daripada kita dah 'pakar' dalam bab ini.

Dah berus gigi berpuluh-puluh tahun sejak kecil kan? Ambil berus gigi, letak ubat gigi, gosok, kumur dah siap.

Tapi ramai sebenarnya yang tak tahu cara sebenar. Mungkin ada yang tak tahu cara berus gigi selama ini salah dan betul.

Jadi, mari SK kongsikan perkongsian Public Health Malaysia mengenai cara memberus gigi dengan betul di bawah.

Rupanya Ramai Yang Salah Selama Ni Berus Gigi

Gambar: Verywell Health

Jujur cakap, lepas berus gigi korang kumur bersih-bersih dengan air, atau ludah je buih tu? (Ramai tak tahu cara sebenar rupanya). Korang team mana?

Kalau anda team “kumur sampai bersih takda sisa”, tahniah, anda dah bazirkan ubat gigi seumur hidup

Sejak kecil kita diajar: letak ubat gigi, berus berbuih-buih, lepas tu kumur air banyak kali sampai rasa 'bersih' dalam mulut. Rupanya dari sudut sains pergigian, habit ini salah dan sangat merugikan gigi anda. Fakta yang doktor gigi nak sangat anda tahu: 

Fungsi utama ubat gigi ialah memberikan lapisan pelindung iaitu Fluorida. Fluorida perlukan masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk meresap, membaiki enamel yang rosak, dan kuatkan gigi dari serangan asid. Ia bukan sabun yang kena cuci terus lepas berus.

Bila anda terus kumur dengan air, anda sebenarnya “mencuci” buang semua fluorida yang baru je nak buat kerja. Ibarat anda pakai sunblock mahal atau skincare kat muka, tapi tak sampai seminit anda terus pergi basuh muka dengan air paip. Apa fungsinya? 

“Tapi min, takkan nak telan buih tu? Geli kot!” Bukan suruh telan. Cara yang betul: Ludah keluar lebihan buih tu (Spit). Tak perlu kumur dengan air langsung (Don't rinse). Biarkan sisa nipis ubat gigi tu melekat di celah gigi. Ia akan jadi benteng kebal.

“Tapi rasa pedas berangin, tak selesa!” Ini cuma perasaan sebab kita dah terbiasa berpuluh tahun kumur. Cuba tahan rasa tu untuk 30 minit pertama. Dalam tempoh setengah jam ni, dilarang makan atau minum supaya fluorida dapat meresap maksimum pada gigi anda.

Bagi mereka yang ada masalah gigi sensitif (minum sejuk je ngilu), gigi cepat berlubang (karies), atau kerap sakit gigi, tolong tukar habit kumur ni malam ni juga. Anda akan nampak perubahan besar. Enamel lebih kuat, dan gigi kurang sensitif dari sebelum ni.

Ubah satu habit kecil di sinki bilik air je dah cukup. Malam ni sebelum tidur, cuba praktis: Berus dua minit, ludah buih, lap mulut, dan terus tidur. Jangan gatal tangan tadah air paip. Memang rasa pelik sikit first time, tapi gigi anda akan berterima kasih.