Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rupanya Ini Sebab Botol Yakult Tiada Saiz Besar
Sebut tentang Yakult, rata-rata rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi dengan kewujudan jenama susu kultur ini.
Setiap kali membeli pek susu ini, mengandungi 5 botol kecil Yakult.
Tapi, pernah tak anda terfikir, kenapa botol Yakult kecil sangat dan tak pernah pula nampak versi besar macam air yogurt lain?
Rupa-rupanya ada sebab yang ramai tak tahu!
Minuman probiotik dari Yakult Honsha ini sebenarnya bukan minuman untuk hilangkan dahaga.
Ia dicipta khas sebagai minuman probiotik harian yang perlu diamalkan secara konsisten dalam diet seimbang.

Walaupun saiznya kecil, sebotol Yakult mengandungi 30 bilion bakteria hidup Shirota strain. Jumlah ini sudah mencukupi untuk menyokong fungsi usus harian.
Menariknya, keberkesanan Yakult bukan bergantung pada banyak mana isipadu minuman itu, tetapi pada bilangan bakteria baik yang mampu sampai ke usus dalam keadaan hidup.
Jadi, walaupun botolnya kecil, “isinya” memang padat dengan manfaat.
Sebab itulah Yakult tak perlu datang dalam botol besar. Fokusnya bukan pada kuantiti air, tetapi kualiti bakteria baik di dalamnya.

Selain faktor kandungan bakteria, ada satu lagi sebab penting, kebersihan dan keselamatan.
Saiz kecil membolehkan Yakult dihabiskan sekali minum. Ini mengurangkan risiko kontaminasi atau pencemaran bakteria luar jika botol dibuka dan disimpan semula. Lagi selamat, lagi terjamin kualitinya.
Pendek kata, konsepnya mudah: sekali buka, terus habis.

Untuk pasaran Malaysia, pembungkusan Yakult memang ada sedikit perbezaan berbanding sesetengah negara lain.
Perbezaan ini melibatkan aspek pelabelan dan reka bentuk yang disesuaikan dengan;
Keperluan budaya tempatan
Bahasa yang sesuai untuk pengguna Malaysia
Garis panduan keselamatan dan pelabelan makanan

Di Malaysia, Yakult perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk maklumat pemakanan dan standard keselamatan makanan.
Namun begitu, walaupun reka bentuk dan label mungkin berbeza, kandungan produk tetap sama di seluruh dunia.
Strain bakteria Shirota dan piawaian kualiti adalah konsisten mengikut standard global yang ditetapkan oleh Yakult Honsha di Jepun.

Jadi, jangan pandang rendah pada botol kecil itu. Walaupun nampak comel dan mudah dihabiskan, sebenarnya ia direka dengan teliti berdasarkan sains, keselamatan dan keberkesanan.
Untuk orang ramai yang tertanya-tanya bagaimana proses minuman kultur ini dibuat, Yakult sebenarnya terbuka menerima orang awam, pelajar, badan kerajaan dan sebagainya untuk hadir ke kilang Yakult secara percuma.
Hanya perlu isi borang tempahan di laman rasmi www.yakult.com.my.