Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rupanya Macam Ini Perjalanan Minyak Sebelum Sampai Di Stesen Minyak Di Malaysia

Perjalanan Minyak Sebelum Sampai
Kredit: AFP

Rupanya Macam Ini Perjalanan Minyak Sebelum Sampai Di Stesen Minyak Di Malaysia

Ketika ini, harga minyak dunia semakin meningkat selepas Iran menutup Selat Hormuz (beberapa negara masih dibenarkan), laluan utama yang mengalirkan hampir 20 peratus bekalan minyak global.

Bagi mereka yang menggunakan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan tenaga sudah tentu merasai kesan rantaian ini.

Bahkan ada yang sudah mula berkira-kira untuk menggunakan basikal atau pengangkutan awam termasuk Bekerja Dari Rumah (BDR) sebagai langkah penjimatan minyak.

Tapi pernah tak anda sendiri terfikir macam mana minyak yang anda isi di pam minyak ini datang? Mari SK kongsikan di bawah.

Rupanya Macam Ini Perjalanan Minyak Ke Malaysia

1. Produksi (Pengeluaran)

Minyak mentah diekstraksi atau dikeluarkan dari telaga minyak di perut bumi.

2. Penghantaran Antarabangsa (Laluan Laut)

Bagi minyak mentah yang diimport, ia dibawa menggunakan kapal tangki gergasi. Laluan paling kritikal ialah Selat Hormuz

  • 38 peratus daripada minyak mentah import Malaysia melalui laluan ini

  • Jika berlaku gangguan di Selat Hormuz (seperti konflik atau sekatan), kos pengangkutan akan meningkat dan penghantaran boleh tergendala.

3. Kilang Penapisan

Setelah sampai di Malaysia, minyak mentah (sama ada dari sumber tempatan atau import) dihantar ke kilang penapisan. Di sini, minyak mentah diproses menjadi pelbagai produk kegunaan harian

  • Petrol

  • Diesel

  • LPG (Gas Memasak)

  • Bahan Api Pesawat (Jet Fuel)

4. Pusat Pengedaran

Produk yang telah siap ditapis kemudiannya dipindahkan ke Pusat Pengedaran. Dari pusat ini, lori-lori tangki akan mengambil bekalan untuk dihantar ke rangkaian stesen minyak di seluruh negara

5. Stesen Minyak

Inilah destinasi terakhir dalam rantaian bekalan. Minyak tersedia di pam untuk memenuhi keperluan kenderaan anda.

Semoga bermanfaat

Sumber:PETRONAS