Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Rasa gata-gatal di tangan? Kadang apabila menggaru itu sampai tidak sedar wujudnya gelembung air pada tangan.
Mula-mula, tumbuh kecil-kecil sahaja, tetapi makin lama makin besar pula gelembung air itu. Ada juga sesetengah orang memecahkan gelembung air itu untuk buang air bisa tersebut.
Namun, tahukah anda jika anda memecahkan gelembung air tersebut, ia berkemungkinan akan terkena jangkitan kuman?
Jadi, sebelum melakukan perkara tersebut, mari kita ketahui punca mengapa gelembung air boleh terkena anda.
Berasa pelik apabila muncul gelembung air pada jari tangan? Dalam perkongsian artikel ini, anda akan mengetahui antara punca kulit menggelembung berisi air boleh berlaku.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Kulit, sila dapatkannya di sini.
Gelembung air atau lebih dikenali sebagai lepuh ini boleh muncul pada mana-mana bahagian tubuh termasuklah tangan.
Umumnya, lepuh pada tangan menyakitkan, tidak menyelesakan dan boleh mengganggu tugasan harian.
Lepuh pada lapisan kulit paling atas ini adalah gelembung berisi cecair – sama ada darah, nanah atau bahagian berair dengan darah yang dikenali sebagai serum.
Anda tidak disarankan untuk memecahkan lepuh melainkan atas nasihat doktor kerana boleh mengakibatkan kulit di bawahnya mengalami jangkitan.
Ia kelihatan seperti poket cecair kecil, sederhana atau besar yang boleh dilihat pada lapisan kulit atas. Biasanya terbentuk di tapak tangan atau sisi jari.
Gelembung ini boleh menjadi amat menyakitkan apabila disentuh dan kulit sekitarnya boleh menjadi gatal dan bersisik.
Berikut antara faktor lepuh boleh terjadi:
Kulit boleh melepuh jika terkena beberapa bahan kimia atau alergen. Dalam istilah perubatan, keadaan ini dikenali sebagai dermatitis kontak.
Bahan kimia yang boleh mengakibatkan lepuh pada tangan termasuklah:
Pelarut
Bahan pencuci
Beberapa kosmetik
Nikel sulfat
Agen kimia – seperti gas mustard yang digunakan dalam peperangan
Jika wujud lepuh pada tangan, dapatkan pemeriksaan doktor. Ia mungkin disebabkan oleh cacar air atau impetigo.
Sesiapa sahaja boleh mendapat lepuh apabila terdedah kepada selaran matahari yang teruk, menyentuh permukaan panas atau terlalu dekat dengan api.
Lepuh disebabkan melecur atau terbakar ini boleh berlaku mengikut kadar keterukan luka.
Geseran berulang pada kulit juga boleh menjadi punca lepuh.
Lepuh geseran ini berlaku disebabkan tindakan berulang atau peningkatan tekanan pada permukaan kulit terhadap objek – contohnya, mengangkat berat tanpa pakai sarung tangan.

Sesetengah ubatan preskripsi boleh menyebabkan tindak balas dalam badan yang mengakibatkan kulit melepuh.
Pastikan anda merujuk doktor jika melihat gelembung pada kulit selepas pengambilan ubat dan maklumkan sebarang tindak balas pada ubat terdahulu.
Kesejukan melampau turut boleh mengakibatkan anda mengalami lepuh pada tapak tangan, jari dan bawah lengan.
Ia terjadi apabila seseorang terdedah kepada cuaca sejuk berterusan, chillblains – bengkak merah, kecil dan gatal pada belakang dan tepi jari akan muncul. Bengkak ini boleh berkembang menjadi lepuh dalam kes yang teruk.
Penghidap diabetes yang teruk boleh mengalami lepuh pada tangan atau bawah lengan. Ia biasanya tidak menyakitkan dan akan sembuh dengan sendiri.
Individu yang mengalami masalah kulit dishidrotik akan mengalami lepuh kecil dan gatal pada tangan dan tepi jari. Ia juga boleh muncul pada tapak kaki.
Kegatalan yang dialami disebabkan dishidrotik boleh menjadi teruk.
Keadaan ini dikatakan tiada penawarnya. Ia akan muncul dan hilang dalam masa 2-3 minggu.

Merupakan keadaan kulit alahan biasa yang boleh mengakibatkan lepuh bersama dengan gejala lain seperti rasa kegatalan, mengelupas dan pecah.
Walaupun kebanyakan kes kulit menggelembung berisi air akan sembuh sendiri, namun anda mungkin perlu berjumpa doktor dalam beberapa situasi seperti:
Suntikan tetanus terakhir adalah lebih 10 tahun yang lalu
Mengalami bengkak pada nodus limfa sejak lepuh muncul
Peningkatan bengkak dan kesakitan pada kawasan terjejas
Melihat tanda jangkitan seperti kehadiran nanah, kulit terasa panas dan merah pada bahagian lepuh atau demam
Lepuh yang disebabkan masalah kesihatan memerlukan rawatan khas. Jika lepuh tidak pecah, lindunginya dengan pembalut (bandage) – pastikan balutan tidak terlalu ketat.

Jika lepuh telah pecah, cuci bahagian tersebut menggunakan air suam dan sabun lembut. Jangan kopek kulit. Sebaliknya balut bekas lepuh itu dengan pembalut yang telah disteril.
Doktor boleh menggunakan antara kaedah berikut untuk merawat anda:
Mengeringkan lepuh besar
Krim antigatal
Salap penekan imun (Immune-suppressing)
Justeru, adalah lebih baik untuk anda tidak mencuba memecahkan gelembung air di rumah. Dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Sememangnya kulit menggelembung berisi air boleh mengakibatkan rasa sakit dan ketidakselesaan, tetapi umumnya, ia tidak berbahaya.
Apabila seseorang mendapat lepuh, mereka tidak harus cuba untuk memecahkannya kerana ia boleh mengakibatkan jangkitan. Jika gelembung air ini pecah dengan sendirinya, bersihkan dan tutup dengan pembalut.
Pastikan anda membuat pemeriksaan doktor jika wujud tanda jangkitan atau mengalami sakit mahupun bengkak yang teruk.
Sumber : Hello Doktor