Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Rusuhan Di Penjara Di Ecuador Ragut 24 Nyawa

Kredit: Human Right Watch

BOGOTA (Colombia), 29 Sept (Bernama) — Satu rusuhan berlaku di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Selasa mengorbankan 24 banduan manakala 48 yang lain cedera.

Kejadian dikatakan berpunca akibat pergaduhan membabitkan geng di penjara Litoral Penitentiary, lima banduan maut dipenggal, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa penjara.

Pasukan polis dan tentera dihantar ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan ramai banduan naik ke bumbung bangunan penjara dan kendengaran bunyi tembakan serta letupan.

Media tempatan melaporkan rusuhan itu membabitkan gend “Los Lobos” dan “Tiguerones”.

Pada Julai, Presiden Ecuador mengisytiharkan darurat di penjara negara itu selepas berlaku pertempuran antara geng yang meragut 22 nyawa banduan dan puluhan lagi cedera.

Sebelum ini pada 24 Feb sekurang-kurangnya 80 banduan maut dalam rusuhan yang berlaku serentak di penjara di tiga bandar.

Sumber: BERNAMA