Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ryan Bakery Bergelar Bapa, Isteri Lahirkan Bayi Lelaki
Pempengaruh dan Tiktokers terkenal, Ryan Bakery memaklumkan baru sahaja menimang cahaya mata sulungnya hari ini.
Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery berkongsi kegembiraan itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.
Dia memberitahu bahawa isterinya, Elyia Ibrahim selamat melahirkan seorang anak lelaki.

“Alhamdulillah, isteri saya @elyia.ibrahim telah selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah. Syukur kehadrat Allah SWT,” katanya dalam hantaran itu sebentar tadi.
Tambah pempengaruh berusia 29 tahun itu, dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat dan orang ramai di luar sana yang tidak henti mendoakan keluarga.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya. Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Aamiin,” tulisnya di media sosial.
Tak Sabar Bergelar “Bapa”
Sebelum ini, Ryan mengakui sudah tidak sabar untuk menyambut kehadiran anak sulung mereka yang dijangka lahir pada awal bulan Januari, lapor Media Hiburan.
Tambahnya, dia sudah tidak sabar untuk bergelar seorang “ayah” namun masih memerlukan persediaan dan nasihat mengenai tanggungjawab yang bakal digalasnya nanti.
“Saya teruja tapi bercampur takut juga. Ini pengalaman pertama saya bergelar ayah. Saya perlukan banyak nasihat daripada para bapa buat saya yang baru ini.
“Ketika ini, usia kandungan isteri saya sudah pun memasuki 36 minggu. Bayi dijangka lahir pada awal bulan Januari.
“Disebabkan itu juga, saya minta pengurus untuk menyusun jadual kerja. Ketika saat genting ini, saya memang sangat risau,” katanya.
Ryan berkata sedemikian ketika ditemui di progam santai bersama media yang dianjurkan syarikat rakaman Indigital Music dan FYP Media di Taman Melawati, Kuala Lumpur.
Untuk makluman, Ryan dan Elyia selamat mendirikan rumah tangga pada tanggal 1 Oktober 2022. Majlis pernikahan diadakan di Melaka iaitu di kampung halaman isterinya.
Sumber: Instagram Ryan Bakery