Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

SAIC Motor Malaysia baru-baru ini telah memberikan sokongan kepada himpunan pemilik MG yang menyambut seramai 66 pemilik MG dari wilayah utara dalam satu pertemuan yang berlangsung di Langkawi.
Dianjurkan oleh MG Motor Alor Setar, himpunan ini merupakan perhimpunan pemilik MG terbesar yang pernah diadakan di Malaysia Utara, sekali gus menyerlahkan semangat dan minat yang semakin berkembang terhadap jenama MG dalam kalangan rakyat Malaysia.
Himpunan tersebut melibatkan 55 unit MG5, sembilan unit MG HS SUV, sebuah MG4 hatchback elektrik dan MG Cyberster roadster, dengan penyertaan kira-kira 200 peserta termasuk ahli keluarga serta rakan-rakan. Acara ini memberi peluang kepada para pemilik untuk mempamerkan kenderaan masing-masing, berkongsi pengalaman pemilikan serta mengeratkan hubungan melalui minat yang sama terhadap jenama MG.

Para peserta juga urut berpeluang memandu uji MG S5 EV yang baharu dipasang secara tempatan, sekali gus memberi mereka pengalaman secara langsung mengenali model terbaharu dalam rangkaian kenderaan MG.
Pengurus Besar SAIC Motor Malaysia, Emory Qi, mengalu-alukan perkembangan positif komuniti MG yang semakin berkembang di luar Lembah Klang, di samping menegaskan komitmen syarikat untuk terus menyokong pelbagai inisiatif yang diterajui oleh rangkaian pengedarnya.
"Kami amat berbesar hati melihat komuniti MG terus berkembang di seluruh Malaysia, khususnya di kawasan di luar Lembah Klang. Kami bertekad untuk terus menyokong pemilik MG di seluruh negara serta membina hubungan yang lebih bermakna dalam komuniti ini. Pengalaman pemilikan yang positif serta sokongan berterusan daripada mereka memainkan peranan penting dalam memperkukuh jenama MG dan meningkatkan keyakinan bakal pelanggan."

Qi turut menyifatkan himpunan di Langkawi sebagai satu pencapaian penting dalam perkembangan komuniti MG di Malaysia.
"Ini merupakan himpunan MG terbesar yang pernah dianjurkan di wilayah utara, dan kami amat berbesar hati melihat semangat setiakawan yang begitu erat dalam kalangan pemilik. Kami berharap lebih banyak himpunan serantau dapat dianjurkan pada masa hadapan dan menantikan hari di mana pemilik MG dari seluruh negara dapat berhimpun dalam satukonvensyen MG peringkat kebangsaan."

Penyertaan yang semakin memberangsangkan dalam himpunan pemilik MG mencerminkan komitmen SAIC Motor Malaysia dalam memupuk hubungan jangka panjang dengan para pelanggan serta membina ekosistem pemilikan yang lebih bermakna melangkaui bilik pameran.
Menerusi himpunan yang diterajui oleh rangkaian pengedar serta aktiviti konvoi, pemilik MG dapat meraikan minat mereka terhadap jenama ini sambil mencipta kenangan bermakna bersama komuniti pemilik yang lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai MG serta perkembangan terkininya, layari laman web rasmi MG Malaysia di www.mgmalaysia.com.