Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sah, Hari Raya Aidilfitri Di Malaysia Jatuh Pada Sabtu
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi mengumumkan bahawa tarikh 1 Syawal di Malaysia jatuh pada Sabtu, 21 Mac 2026.
Pengumuman berkenaan dibuat beliau sebentar tadi melalui siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Sabtu, 21 Mac 2026," katanya.