Karya animasi keluaran Malaysia sememangnya sangat terkenal dan diterima baik, sama ada dalam pasaran tempatan mahupun diluar negara.
Antara yang menjadi kegemaran ramai anak-anak kecil dan turut mencuri hati peminat dewasa adalah animasi superhero, BoBoiBoy.
Watak-watak yang ditampilkan begitu ikonik dan menjadi idola kepada penonton-penonton cilik, misalnya BoBoiBoy itu sendiri. Bagi penonton remaja dan dewasa, keletah watak Papa Zola adalah yang paling diperhatikan.
Terkenal dengan lawak ‘kebenaran’ yang bersahaja, populariti Papa Zola boleh dikatakan setanding dengan watak-watak utama yang lain.
Bagaimanapun, para penonton mungkin tidak lagi dapat menonton watak berkenaan dalam filem BoBoiBoy akan datang.
Ia berikutan pengumuman yang dibuat oleh CEO Monsta, Nizam Abd. Razak yang juga pelakon suara watak berkenaan baru-baru ini.
Perkara berkenaan turut dikongsikan oleh laman rasmi facebook BoBoiBoy. Berita berkenaan turut meraih perhatian para pengikut animasi berkenaan yang rata-rata bersedih dengan pengumuman tersebut.
Sumber: Nizam Abd Razak