Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Saintis Di Oxford Uji Vaksin Nipah

saintis uji vaksin nipah
Gambar: Bernama

Saintis Di Oxford Uji Vaksin Nipah

LONDON, 11 Jan (Bernama-dpa) — Saintis Oxford sedang menilai sama ada teknologi di sebalik suntikan COVID-19 boleh digunakan untuk melindungi manusia daripada virus Nipah, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Andai ujian klinikal itu berjaya, ia akan menjadi vaksin pertama seumpamanya untuk penyakit berkenaan.

Sejak seminggu yang lepas, beberapa orang sudah menerima suntikan di University of Oxford sebagai sebahagian daripada ujian klinikal membabitkan manusia yang pertama bagi vaksin baharu ini.

Pembangun vaksin COVID, Profesor Dame Sarah Gilbert, berkata penyelidikan mengenai vaksin Nipah bermula pada 2017 dan dihentikan semasa krisis COVID-19.

Wabak Nipah kebanyakannya ditemukan di Asia Selatan dan virus ini boleh membawa maut.

Virus Nipah boleh dijangkiti kepada manusia daripada haiwan seperti kelawar atau babi atau makanan yang tercemar dan juga boleh dijangkiti secara langsung dari manusia ke manusia.

BACA: Saintis Temui Virus Covid Baharu Dalam Kelawar, Dipercayai ‘Kalis’ Terhadap Vaksin Sedia Ada

Sejak virus itu mula dikenal pasti kira-kira 25 tahun lalu, sehingga kini masih belum ada vaksin yang tersedia untuk membantu ketika wabak berlaku.

Namun, vaksin baharu, ChAdOx1 NipahB, boleh menjadi yang pertama jika mencapai jangkaan keselamatan dan keberkesanan.

Seramai 51 orang yang berumur 18 hingga 55 tahun akan menyertai ujian klinikal itu dan projek ini akan berlangsung selama 18 bulan dengan ujian seterusnya dijangka dilakukan di negara yang terjejas oleh virus berkenaan.

Sumber: Bernama