Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Salahuddin Alami Pendarahan Otak, Sedang Jalani Pembedahan – Setiausaha Akhbar

Syed Faisal Sayed Muhammad
Salahuddin alami pendarahan otak
Kredit BERNAMA

Salahuddin Alami Pendarahan Otak, Sedang Jalani Pembedahan – Setiausaha Akhbar

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub telah disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar, kata Setiausaha Akhbar Menteri Nur Syakirin Husnal.

Menerusi kenyataan pagi ini, beliau berkata Salahuddin kini sedang menjalani pembedahan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

“Pihak keluarga Datuk Seri Salahuddin Ayub mengucapkan terima kasih atas semua doa, sokongan dan ingatan kepada beliau,” katanya.

BACA: Digelar Sebagai Bapa Bom Atom, Ini Latar Belakang Ringkas Oppenheimer

Semalam, Salahuddin dikejarkan ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan pada pukul 10.15 malam selepas mengalami mual dan muntah-muntah.

Sebarang perkembangan mengenai kesihatan Salahuddin akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA