Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sama Cantik Sama Padan, Remy Ishak & Pasangan Selamat Bergelar Suami Isteri

Gambar Via Remy Ishak

Pelakon popular, Remy Ishak dan pasangannya, Ezza Yusof telah selamat bergelar suami isteri selepas disatukan dalam majlis pernikahan yang berlangsung di Masjid Negara tengah hari tadi.

Menerusi entri terbaru di Instagram miliknya, Remy telah memuatnaik sekeping gambar bersama isteri dengan kapsyen “Alhamdulillah”.

Perkongsian itu telah dibanjiri dengan ucapan tahniah dari peminat serta rakan-rakan mereka.

Dalam pada itu, Astro Awani telah melaporkan bahawa Remy telah menghadiahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada isterinya.

Majlis ringkas yang diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) itu hanya dihadiri pasangan mempelai dan wali.

Selamat pengantin baharu buat Remy dan pasangan, semoga berkekalan hingga ke Jannah.

Sumber: Remy Ishak, Astro Awani