Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sama Nilai Dengan Dolar US, Mata Wang Euro Kini Dilapor Jatuh Ke Paras Terendah Dalam Tempoh 20 Tahun

Iqbal Yasir
mata wang euro jatuh
Gambar: iStock via Google

Nilai mata wang euro dilapor jatuh hingga setanding dengan dolar akibat prospek kenaikan faedah di Amerika Syarikat (US) hingga mengukuhkan nilai mata wang tersebut, lapor Daily Mail.

Difahamkan, mata wang tersebut turun lagi sebanyak 0.4 peratus kepada serendah RM4.44 ($1) pada pagi tadi. Perkara itu merekodkan nilai euro paling lemah dalam tempoh 20 tahun.

Kini, nilai euro dan sterling mengalami keruncingan ekonomi setelah inflasi semakin meningkat. Manakala nilai pound jatuh ke paras terendah sejak dua tahun lalu dengan nilai RM5.24 ($1.18).

Di samping itu, kini sedang berlaku krisis tenaga di Eropah yang semakin meruncing apabila saluran paip gas tunggal terbesar, Nord Stream 1 ditutup selama sepuluh hari untuk proses baik pulih.

Perkara itu dilihat mungkin akan berlarutan ekoran perang yang berlaku antara Rusia dan Ukraine, tambahan pula paip itu merupakan bekalan gas yang disalurkan dari Rusia ke Jerman.

Dalam pada itu, nilai dolar dilihat semakin tinggi menerusi jangkaan Rizab Persekutuan selepas kenaikan kadar faedah bagi mencegah inflasi dikenakan.

Menurut Ketua Strategi Pasaran di Firma Perkhidmatan Kewangan Global Ebury, Matthew Ryan, beliau berpendapat jika krisis tenaga di Eropah berlarutan, nilai dolar akan semakin untung.

“Jika melihat perbezaan harga gas hingga ke Atlantik, mungkin pelabur akan terus berminat kepada dolar dalam masa terdekat. Langkah tambahan itu juga tidak boleh diabaikan.

“Perkara terburuk (adalah) mungkin Rusia akan memotong terus bekalan gas ke Eropah dan berisiko kepada kemerosotan ketara euro atau dolar,” katanya, merujuk Daily Mail.

Bagaimanapun menurut laporan itu lagi, angka inflasi di US turut meningkat ke paras tertinggi bagi tempoh 41 tahun iaitu 8.6 peratus.

Sumber: Daily Mail