Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Sambil Shopping, Sambil Kenal Petani" - Kad Info Cendawan Di AEON Raih Pujian Netizen

AEON
Kredit: Threads/ @nuriffah_nazirah

"Sambil Shopping, Sambil Kenal Petani" - Kad Info Cendawan Di AEON Raih Pujian Netizen

Kebiasaannya ketika membeli barangan dapur, ramai hanya melihat harga dan tarikh luput sebelum memasukkan produk ke dalam troli.

Namun berbeza pula dengan pengalaman seorang pelanggan di AEON Bandaraya Melaka apabila menemui kad maklumat khas yang diletakkan bersama cendawan segar, membolehkan pembeli mengenali individu di sebalik hasil tanaman tersebut.

Kredit: @dhiamijas

Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna Threads, @dhiamijas, yang mengakui teruja melihat inisiatif berkenaan.

"Went to Aeon Bandaraya Melaka, and saw this!! They put this cute informative card where the fresh came from!!"

Menerusi gambar yang dikongsikan, setiap kad memaparkan maklumat ringkas mengenai petani termasuk nama, lokasi ladang serta penerangan mengenai cendawan yang dihasilkan.

Inisiatif itu bukan sahaja memberi lebih ketelusan kepada pengguna mengenai asal-usul makanan yang dibeli, malah mewujudkan hubungan lebih dekat antara pengguna dan pengeluar tempatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik usaha tersebut dan berharap lebih banyak pasar raya tampil dengan konsep sama.

Pengguna @azfr.yzid berkata pendekatan itu membuatkan pengalaman membeli-belah menjadi lebih bermakna.

"Suka kan macam ni sambil membeli sambil dapat connect dengan pengeluar makanan kita sendiri."

Seorang lagi pengguna, @darwinnnaga, berpendapat inisiatif berkenaan merupakan contoh terbaik bagaimana sesebuah jenama membina hubungan dengan pelanggan.

"I saw this too! Actually I'm not sure if got people reading this but I definitely gonna read it. This is how brand storytelling works."

Sementara itu, @dinagoodgirl turut berkongsi bahawa beliau pernah melihat kad maklumat sama di cawangan lain.

"Aeon dekat IOI pun ada hehe haritu ralit baca sebab shopping on weekdays, takde orang."

Perkongsian tersebut terus mendapat perhatian warga Threads yang menyifatkan idea berkenaan sebagai sesuatu yang ringkas tetapi memberi impak besar.

Selain membantu pengguna mengetahui dari mana hasil tanaman diperoleh, ramai berpendapat pendekatan itu mampu meningkatkan penghargaan terhadap usaha petani tempatan yang selama ini berada di sebalik rantaian bekalan makanan negara.

Ada juga yang berharap lebih banyak pasar raya dan pembekal makanan memperkenalkan konsep serupa bagi membolehkan pengguna membeli dengan lebih yakin, selain mengenali individu yang bertungkus-lumus menghasilkan makanan yang akhirnya sampai ke meja makan mereka.

Sumber:@dhiamijas
Intipati
  • Seorang pengguna Threads berkongsi penemuan kad maklumat cendawan di AEON Bandaraya Melaka.
  • Kad itu memaparkan nama petani, lokasi ladang dan penerangan mengenai cendawan segar.
  • Netizen memuji inisiatif tersebut kerana membantu pengguna mengenali pengeluar makanan tempatan.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan