Baru sahaja tiga bulan memegang tampuk kepimpinan negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuktikan serba sedikit kemampuan yang boleh dilakukannya di kala Malaysia pada ketika ini sedang menghadapi Covid-19.
Iklan
Hari ini, beliau meraikan ulang tahun kelahiran yang ke-73 dan warganet telah membanjiri media sosial dengan ucapan hari lahir kepada beliau sejak semalam.
Menerusi kiriman terbaru di Facebook, beliau menzahirkan ucapan Selamat Hari Belia kepada golongan belia pelbagai kaum di negara ini.
Tidak melepaskan peluang, ruangan komen di kiriman itu sudah semestinya dipenuhi dengan ucapan hari lahir kepada beliau.







Sumber: Muhyiddin Yassin