Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026 & Senarai Lokasi Bunga Api
Kurang 2 hari lagi, tahun 2025 bakal melabuhkan tirainya. Sudah tentu ramai yang sudah mempunyai rancangan untuk menyambut sambutan Tahun Baharu dengan pelbagai cara.
Sebut tentang sambutan tahun baharu, pastinya pertunjukan bunga api dan bacaan doa bagi memohon keberkatan sepanjang tahun mendatang antara kelazimannya.
Selain itu, detik 12 malam antara momen yang paling ditunggu-tunggu ramai sebelum percikan bunga apa mewarnai kegelapan langit malam.
Bertepatan dengan itu, SK kongsikan senarai lokasi Sambutan Tahun Baharu 2026 dan lokasi pertunjukan bunga api di bawah.
1. IOI City Mall Putrajaya
Konsert Countdown KITA 2026 bakal menyinari malam ambang tahun baharu penduduk sekitar Putrajaya.
Pelbagai hiburan, persembahan artis terkenal dan pertunjukan bunga api menerangi langit Putrajaya. Jangan risau, kemasukan adalah percuma.
Lihat sekarang tentatif kalau tak mahu terlepas aktiviti menarik di sana di bawah;
2. Anjung Floria, Putrajaya
Penuh dengan warna-warni, Lantera 2025 menyajikan pelbagai aktiviti menarik dengan menampilkan pelbagai tarikan budaya, persembahan dan pertunjukan bunga api.
Lantera 2025 bermula dari 26 Disember sehingga 4 Januari ini.
Untuk maklumat lanjut boleh layari Perbadanan Putrajaya
Gambar: Perbadanan Putrajaya
Gambar: Perbadanan Putrajaya3. Dataran Melawati Kuala Selangor, Selangor
Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) dalam satu hantaran menjemput seluruh warga Kuala Selangor untuk memeriahkan Malam Santai Kebudayaan & Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 pada 31 Disember 2025, bermula jam 8.00 malam di Dataran Malawati, Kuala Selangor.
Pelbagai aktiviti dilakukan seperti persembahan tarian tradisional, nyanyian serta detik kiraan 12 malam.
Malah pelbagai gerai jualan makanan tradisional Melayu, Cina dan India turut menanti para pengunjung termasuk Altingsburg Night Run 2025 (5KM).
4. Dewan Solat Utama Masjid Ukay Perdana
Masjid Ukay Perdana mengajak orang ramai menyertai forum perdana bertajuk “Hijrah Yang Berterusan: Membina Taqwa Dalam Arus Zaman” bersempena ambang tahun baharu 2026.
Antara panelis yang dijemput adalah Ustaz Zul Ramli Mohamed Razali, Ustazah Dr. Fatimah Syarha dan moderator Ustaz Jalaluddin Zaiki
Forum ini bermula selepas Maghrib pada 31 Disember 2025 bertempat di Dewan Solat Utama, Masjid Ukay Perdana.
5. Dataran Pertang, Simpang Pertang, Negeri Sembilan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui berkongsi Program Ambang Tahun Baru Parlimen Jelebu & Jelebu Night Walk dalam satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.
Pelbaga aktiviti menariak diadakan seperti Battle of The Band & Karaoke, Pertandingan Mewarna, Konvoi Anak Muda, Jualan Rahmah, Kids Zone + Badut + Soopa Doopa dan Cabutan Bertuah.
6. Dataran Penggaram, Batu Pahat, Johor
Dataran Penggaram bakal digegar dengan “Meh Lah Batu Pahat” bersempena dengan malam ambang 2026 & Sambutan 25 Tahun Perbandaran Batu Pahat
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung termasuk kehadiran artis terkenal tanah air.
Maklumat lanjut boleh lihat di bawah.
7. Kuching Waterfront, Sarawak
Bertempat di Kuching Waterfront, penduduk sekitar bakal disapa dengan Sarawak Countdown 2026.
Judika, KRU, Dayang Nurfaizah, Jatt Ali & Naqiu antara artis yang bakal mewarnai malam ini.
8. Encore, Melaka
Berbeza dengan sambutan ambang tahun baharu di lokasi lain, Melaka tampil dengan kelainan pelbagai aktiviti dan pameran serta aksi combat darat, laut & udara dari Rejimen Gerak Khas.
Untuk maklumat lanjut di bawah.
9. Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan
Di Kelantan pula, sambutan tahun baharu dilakukan dalam satu bentuk perhimpunan ilmu bagi menutup tirai 2025.
Malam ambang tahun baharu dihidupkan dengan zikir, selawat dan majlis ilmu
Berikut info mengenai majlis Anak Muda Berselawat di bawah;
10. Bulatan Sultan Azlan Shah
Sementara itu di Bulatan Sultan Azlan Shah turut mengadakan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2026.
Pelbagai aktiviti menarik menanti pengunjung seperti di bawah;
11. Bertam Street Market, Sunshine Bertam
Sumber: IOI City Mall, MPKS, Masjid Ukay Perdana Rasmi, Mohd Razi Mohd Ali, Pesta Locca, Majlis Seni Sarawak, Tourism Melaka, Dewan Pemuda PAS Bachok, Tourism Perak, Bertam Street Market,Perbadanan Putrajaya