Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sampai Ada Yang Meracau, Sawan "Struggle" Cuba Resipi, Ini Seloroh KA
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, nama usahawan dan pempengaruh terkenal Khairul Aming atau KA sentiasa menjadi bibit-bibit mulut netizen dengan siri 30 Hari 30 Resipi.
Sudah tentunya, ramai 'pelajar' yang ingin mencuba resipi yang dikongsikan beliau.
Namun, berbeza pula Ramadan tahun ini apabila beliau memuat naik resipi harian dengan kelajuan luar biasa, (tiga video sehari), sehingga mencuit hati pengikutnya di ruangan komen.
Bahkan pelbagai gelagat yang dikongsikan 'pelajar' mengenai resipi yang cuba dilakukan mereka.
Akhirnya, KA buka mulut mengenai isu mengenai sehari 3 resipi yang dikongsikan beliau di media sosial.
Penjelasan KA
"Okey pertama sekali saya mohon stop ambil gambar dulu sebab saya memang silau tak boleh flash lah. Minta maaf kepada semua warga media sebab saya jemput datang pagi-pagi waktu sahur macam ni. Bukan apa sebab pihak sana dah buat kenyataan.
"Jadi saya kena tuntut keadilan bagi pihak saya jugalah. Okey, yang pertama pihak sana ada buat statement mengatakan yang dia putuskan hubungan dengan resipi saya puasa ni sebab tak larat, penat semualah.
"Bagi saya ini semua isu komitmen sebenarnya. Ah sebab bagi pihak saya, saya dah keluarkan tiga video sehari. Kadang-kadang tak tidur malam nak siapkan video tersebut. Ni bukan nak mengungkit tau. Cuma saya nak menuntut keadilanlah sebab macam-macam alasan dia bagi.
"Dia kata barang sold out, ada hari dia kata dia tertekan. Saya pun tak faham macam mana boleh tertekan sebab saya minta tiga video je sehari.
"Tiga resipi je untuk di try sehari. Bukan banyak pun yang saya minta kan. Yang kedua dari segi isu tanggungjawab. Sebab dia sewenang-wenangnya putuskan hubungan tu dan tinggalkan saya.
"Bersama dengan tanggungan saya dah semakin mencabarlah. Ada yang dah mula meracau. Ada yang dah mula sawan. Ada yang dah mula luar kawalan.
"Ada yang dah dah tak boleh dikawal lah. Saya pun tak tahu apa punca dia. Tu belum campur lagi tanggungan saya yang sampai terbakar dapur. Ada yang masak sampai hitam. Ada yang meletup dalam oven. Ada yang masak lepas tu hilang tak tahu pergi mana dia punya puding semua tu.
"Jadi saya mohonlah pihak sana jangan sesuka hati lepaskan tanggung jawab tersebut dan menuding jari ke arah sayalah.
"Jadi saya tak nak buka apa-apa soalan kepada media sebab tak nak you know saya cakap lain media cover lain nanti cuma saya minta jasa baik pihak netizen untuk dengar kedua-dua pihak dan bagi penilaian yang adillah kepada pihak saya juga sebenarnya. Terima kasih," selorohnya.