Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sekarang memang ramai yang membuat pilihan untuk go ‘cashless’, lebih senang untuk bawa kad dan imbas berbanding perlu bawa wang tunai, yang kadang-kadang memakan masa sebab perlu kira duit sebelum bayar.
Pemilihan untuk gunakan kad debit atau debit ni bukan je mudah malah kita pun dah tak perlu risau tentang wang berkepuk dalam dompet. Bila keluarkan banyak sangat wang tunai, hati mulalah tak tenteram.
Tapi satu je korang kena tahu, macam manusia juga kad bank pun ada jangka hayat. Sampai masa, kad debit mahupun kredit kena tukar dalam masa yang ditetapkan. Biasanya tarikh luput tertulis pada kad lazimnya tujuh tahun selepas kad dibuat.
Sebenarnya kenapa kad bank ada tarikh luput? Dekat sini min nak terangkan, tarikh luput ni berfungsi sebagai ‘checkpoint’, sebab tu kalau isi maklumat kad kredit atau debit pengguna perlu letakkan tarikh luput.
Dalam tak sedar perkara itu menyelamatkan pengguna daripada ditipu selain dapat mengelakkan pihak tidak bertanggungjawab memakai kad tersebut.
Jadi, bila kad kredit dah tamat tempoh individu diperlukan untuk menukar kad bank tersebut dan disebabkan zaman pun bertambah maju ciri keselamatan pada kad pun telah dinaiktaraf, seperti adanya cip Europay, Mastercard and Visa (EMV).
Kemudian, bila dah terlampau lama guna kad bank mesti keadaan fizikalnya juga sudah tidak baik sebagai contoh terdapat masalah pada bahagian cip kerana sering keluar masuk daripada mesin juruwang.
Jika korang pengguna tegar kad bank yang sangat selesa pergi mana-mana tanpa wang tunai, baik cek keadaan kad bank, mesti dah lunyai sebab pakai pun dah bertahun.
Buat korang yang memang suka sangat gunakan kad kredit atau debit, rasanya memang layak masuk peraduan ni, lebih-lebih buat mereka yang suka berbelanja sakan di Mydin.
Yelah, beli barang dengan harga serendah RM66 pun korang dah layak untuk masuk peraduan ni.

Bukan tu je, yang paling best korang berpeluang menangi hadiah lebih daripada RM280,000 sekiranya berbelanja minimum RM66 dalam satu resit dengan kad bank!

Jangan risau, Mydin juga tawarkan hadiah mingguan selama 13 minggu dan pemenang akan menerima baucar Mydin 66 x RM200.
Senang je nak masuk peraduan Tap & Menang ni, hanya perlu ambil gambar resit pembayaran bank dan hantarkan penyertaan anda melalui WhatsApp 011-5174 0268 atau Whoop App.
Tak lupa juga, buat korang yang aktif di TikTok, Mydin pun kini berada di platform tersebut dan akan lakukan siaran langsung (live) pada setiap Khamis pukul 8 malam.

Jangan lepaskan peluang untuk rebut wang tunai berjumlah RM280,000 di Mydin berdekatan anda.
Maklumat lanjut boleh tekan di sini atau layari laman web Mydin.