Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

“Sangat Memberi Kesan,” YB Helmy Kongsi Kenangan Bersama Bung Moktar

Sofea
yb helmy bung moktar
Kredit: Mohd Noor Helmy

“Sangat Memberi Kesan,” YB Helmy Kongsi Kenangan Bersama Bung Moktar

Pemergian Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin pada awal pagi Jumaat memberi kesan yang mendalam terutama kepada rakan-rakan seperjuangan beliau.

Jemaah Menteri iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem berkata dia tidak dapat memberi tumpuan dalam Sidang Dewan pada pagi ini kerana teringat akan Allahyarham.

Beliau juga mengimbas kembali kenangan bersama Allahyarham beberapa tahun lalu.

Menurutnya, Bung Moktar merupakan individu yang percaya kepada potensinya ketika kempen pilihanraya di Duyong pada tahun 2021.

Ikuti perkongsiannya dengan lebih lanjut di bawah ini.

Tak berapa nak fokus dalam Sidang Dewan pagi ni.

Kepulangan ke rahmatullah, Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin sangat memberi kesan.

Beliaulah yang mengetuai kempen pilihanraya di Duyong pada tahun 2021 ketika tidak ramai yang percaya pada saya.

Kata DSP Bung Moktar Radin “Kalau mau menang, buat kerja macam mau menang”

Dulu saya tak jawab, sekarang biarlah saya jawab, “Saya buat kerja bukan semata untuk menang, tapi saya taknak Datuk malu menangkan saya.”

Tegur DSP Bung Moktar Radin “Eh Helmy, kamu tak boleh senyum ka?”

Yang ni pun saya nak jawab hari ni, “Saya sekarang dah pandai senyum Datuk. Saya janji hari-hari saya akan senyum.”

Dan antara ayat terakhir beliau minggu lepas,

“Terima kasih sebab bantu di Sabah”

Saya hanya mampu jawab dalam hati hari ini, “Datuk, saya minta maaf. Bantuan saya tak mencukupi untuk membawa kejayaan.”

BACA JUGA: Bung Moktar Meninggal Dunia

Bila Datuk kena balun di media sosial saya, saya tahan je perasaan nak menjawab. Saya berpegang manusia boleh kata apa sahaja, hakikatnya kebenaran hanya dalam pengetahuan mereka yang tahu.

Hari ini ramai bercerita manfaat yang mereka terima bila Datuk ada. Samada secara tersorok atau nyata. Semoga ianya menjadi amal jariah yang menjadi bekalan menghadap yang Maha Esa.

Terima kasih Allahyarham Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin atas jasa dan budi

Al-Fatihah

Sumber: Mohd Noor Helmy