Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
sapp tarik diri
Kredit: Bernama

SAPP Tarik Diri Daripada Perikatan Nasional – Presiden

Azizah Najib

SAPP Tarik Diri Daripada Perikatan Nasional – Presiden

KOTA KINABALU, 14 Disember (Bernama) — Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini mengumumkan secara rasminya telah menarik diri daripada Perikatan Nasional (PN), kata Presidennya Datuk Yong Teck Lee.

Beliau berkata keputusan dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP pada 23 Nov lepas, dan pihak ibu pejabat PN telah dimaklumkan secara rasmi mengenai keputusan berkenaan bulan lepas.

Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang, iaitu pendirian terbabit bertentangan dengan pendirian dan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan negeri itu.

“Pendirian SAPP ini selaras dengan MA63 (Perjanjian Malaysia 1963) dan autonomi Sabah.

“Kami tidak boleh berkompromi dengan komitmen kami untuk memastikan bahawa pilihan raya bagi DUN Sabah kekal di bawah bidang kuasa parti tempatan, bebas daripada campur tangan parti-parti yang berpusat di Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

BACA: Ahmad Zahid Tidak Terima Sebarang Pemakluman Daripada Tengku Zafrul Untuk Keluar UMNO, Sertai Parti Lain

SAPP adalah parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS).

Sementara itu, Yong berkata SAPP telah mengumukakan usul kepada Majlis Tertinggi GRS untuk dipertimbangkan melibatkan autonomi Sabah iaitu GRS harus meletakkan calon di semua 73 kerusi DUN pada pilihan raya negeri nanti.

Beliau berkata langkah itu penting dalam menegakkan hak Sabah di bawah MA63 dan mencerminkan aspirasi rakyat Sabah yang kuat untuk sebuah kerajaan yang mengamalkan federalisme sejati.

Yong berkata dengan kurang daripada 10 bulan sebelum pilihan raya negeri yang akan datang, SAPP juga menggesa Majlis Tertinggi GRS untuk segera menyelesaikan sebarang ketidakpastian mengenai penjajaran kerjasama GRS dan Pakatan Harapan.

“Semua hal ini mestilah diperjelas sebelum tahun baharu untuk membolehkan rakyat Sabah membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tepat mengenai masa depan politik mereka,” katanya.

BACA: Jelajah Dunia Akhir BWF: Beregu Campuran Cipta Sejarah Mara Ke Peringkat Akhir

BACA: Hobi Paling Bawa Untung, Ini Bukti Paling Kukuh Main ‘Game’ Bukan Perkara Sia-sia

Sumber: Bernama