Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Sarawak Bakal Uji “Grab Sampan”
Inovasi terus menjadi nadi utama dalam pembangunan sistem pengangkutan sungai di Sarawak, kata Menteri Pengangkutan, Dato’ Sri Lee Kim Shin.
Beliau berkata demikian sambil mengumumkan cadangan pelaksanaan projek rintis Grab Sampan Proof of Concept (PoC) oleh Grab Malaysia.
Menurut beliau, projek rintis ini dijadualkan berlangsung selama enam bulan. Difahamkan, ia bermula di Tebingan Sungai Kuching dan melibatkan lapan lokasi untuk naik dan turun penumpang (PUDO).
“Inisiatif ini bukan sahaja mendigitalisasi perkhidmatan pengangkutan sungai, tetapi juga memperkukuh sambungan jarak pertama dan terakhir, meningkatkan keselamatan serta kebolehpercayaan perkhidmatan dan mempromosikan mobiliti warisan serta pelancongan di kawasan tebingan Kuching,” jelas beliau dalam ucapan semasa Persidangan Hari Sungai Sarawak 2025 bersempena sambutan Hari Sungai Sedunia, pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa sejak 9 Oktober lalu, sebanyak 208 bot komersial dan kapal kecil berdaftar dengan Lembaga Sungai Sarawak (SRB) telah diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan penyaluran subsidi lebih efisien.
“SRB juga memantau 5,765 bot persendirian komuniti untuk memastikan tiada penerima subsidi BUDI95 yang tercicir, kita menekankan kerjasama berterusan antara SRB dan KPDN bagi menjayakan pelaksanaan subsidi petrol RON95 untuk pengangkutan air awam di negeri ini,” ujar beliau.
BACA: Malaysia Antara Negara Dengan Kadar Internet Terendah Per Gigabait – Fahmi
Sumber: TVS