Gambar: Cristiano Ronaldo

“Saya Akan Berhenti Jika…,” Ronaldo Yakin Mampu Terus ‘Menang’ 5 Tahun Lagi

syafiq halim

Bintang sensasi Juventus, Cristiano Ronaldo meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke 35 dan menyematkan azam bahawa dia akan terus beraksi sehingga umur 40 tahun.

Ketua pasukan Portugal itu juga menyatakan bahawa dia masih mampu untuk memberi saingan kepada pemain-pemain lain bagi merebut segala kejuaraan yang diceburi. Pemenang Ballon d’Or itu sepertinya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti walaupun usianya telah mencecah 35 tahun.

Perkara ini kerana Ronaldo mempunyai niat untuk terus bermain sekurang-kurangnya sehingga lima tahun lagi. Baginya, keadaan fizikal yang dimilikinya tidak menjadi masalah bagi membantunya untuk beraksi dalam tempoh tersebut.

Gambar: Bloomberg

Tambahnya, faktor yang lebih penting adalah psikologi yang dialaminya sebagai seorang pemain. Baginya, keadaan fizikal tidak menjadi masalah, namun faktor psikologi boleh menyebabkan keputusannya berbeza.

Ulang tahun kelahirannya yang ke 35 tahun telah disambut bersama anaknya dan kenangan itu telah dikongsikan di laman Instagram.

Sumber: The Sun