Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

"Saya Akui Gagal Satukan Orang Melayu" - Tun Mahathir

Tun Mahathir
Kredit: Bernama

"Saya Akui Gagal Satukan Orang Melayu" - Tun Mahathir

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui telah gagal dalam usaha menyatukan orang Melayu, walaupun pelbagai ikhtiar telah dilakukan sejak lebih dua tahun lalu.

Menerusi hantaran Dr. Mahathir bin Mohamad di Facebook, kegagalan itu dibimbangi akan menyebabkan orang Melayu kehilangan kuasa di negara sendiri.

"Saya telah berusaha lebih dua tahun untuk menyatukan orang Melayu. Saya perlu akui, saya gagal," ujar beliau.

Menurut Dr Mahathir lagi, perpecahan dalam kalangan orang Melayu boleh memberi kesan besar terhadap masa depan bangsa, negara dan agama.

"Oleh itu negara tercinta ini akan terlepas daripada tangan orang Melayu

"Dan tamatlah sejarah orang Melayu kerana mereka lebih utama nasib pemimpin dari bangsa, negara dan agama," kata beliau lagi.