Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Berpendapat Bahawa Lembah Klang Sudah Boleh Beralih Ke Fasa Seterusnya” – PM

Gambar: Ismail Sabri Yaakob

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri berpendapat bahawa Lembah Klang yang kini dikategorikan sebagai Fasa 1 sudah boleh beralih ke fasa seterusnya. Perkara itu dikongsikan oleh beliau menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan syabas kepada Lembah Klang kerana kadar vaksinasi yang cemerlang yang telah mencapai 80 peratus setakat ini.

Tambahnya lagi, semua ini bakal diputuskan selepas beliau berbincang dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19 bersama para kabinet yang lain.

Sumber: Ismail Sabri Yaakob