Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Tular di media sosial baru-baru ini apabila pemain bintang pasukan gergasi bola sepak Arsenal iaitu Mesut Ozil dilaporkan tidak akan beraksi untuk pasukan itu walaupun tidak mengalami sebarang masalah kecederaan.
Pemain tengah itu yang telah beraksi bersama kelab Arsenal itu pada mulanya menunjukkan aksi yang cemerlang dalam setiap perlawanan.
Namun, selepas mengetahui bahawa beliau tidak akan turun beraksi untuk pasukan kesayangannya itu, beliau telah menzahirkan nukilan terhadap apa yang dirasainya pada ketika ini menerusi akaun Facebook rasminya.
Menurutnya, dia sangat kecewa kerana tidak didaftarkan untuk musim Liga Perdana buat masa ini. Dia pernah berikrar untuk setia kepada kelab yang disayanginya itu.
“Seperti yang baru saya ketahui, kesetiaan sukar untuk didapati sekarang. Saya sentiasa berusaha untuk kekal positif dari minggu ke minggu bahawa mungkin akan ada peluang untuk kembali bersama skuad lagi. Itulah sebabnya saya berdiam diri selama ini,” luahnya.
Beliau sangat sedih apabila dikhabarkan tidak akan diturunkan bagi membantu pasukan kesayangannya itu.
“Namun keadaan mula berubah, sekali lagi, dan saya tidak lagi dibenarkan bermain bola sepak untuk Arsenal. Apa lagi yang boleh saya katakan? London masih terasa seperti di rumah, saya masih mempunyai banyak rakan baik dalam pasukan ini, dan saya masih merasakan hubungan yang kuat dengan peminat kelab ini,” ujarnya.
Menurutnya, dia tidak akan berputus asa untuk mendapatkan tempat dan tidak akan membiarkan musimnya yang kelapan bersama Arsenal berakhir seperti ini.
Beliau juga turut menyatakan bahawa beliau akan teruskan berlatih sebaik mungkin dan sekiranya perlu, beliau akan menggunakan suaranya untuk menyuarakan berkenaan hak kemanusiaan serta keadilan.
“Walau apa pun, saya akan terus memperjuangkan peluang saya dan tidak akan membiarkan musim ke-8 saya di Arsenal berakhir seperti ini. Saya berjanji kepada anda bahawa keputusan yang sukar ini tidak akan mengubah apa-apa dalam pemikiran saya – saya akan terus berlatih sebaik mungkin dan sekiranya perlu, saya akan menggunakan suara saya untuk menentang penindasan dan untuk keadilan,” katanya.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Sumber: Mesut Ozil