Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Saya Tidak Alami Gejala COVID-19”, Kata Trump

WASHINGTON, 14 Mac (Bernama) — Presiden Donald Trump dalam sidang akhbar pada Jumaat berkata beliau tidak mengalami sebarang gejala penyakit COVID-19, lapor agensi berita Sputnik.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil langkah berjaga-jaga selepas bertemu Presiden Brazil, Jair Bolsonaro, “tidak” kata Trump.

“Kami tidak mempunyai sebarang gejala. Seperti yang anda tahu, dia (Bolsonaro) telah diuji negatif,” ujar Trump.

Bolsonaro bertemu Presiden Amerika Syarikat itu di Florida hujung minggu lalu.

Sumber: BERNAMA