Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Sayang Korang,” Abdul Rahman Ucap Terima Kasih Pada Rakyat Malaysia, Mohon Jangan Sebar Cerita Tak Sahih

Iqbal Yasir
abdul rahman terima kasih
Gambar: TikTok @rahmanlah

“Sayang Korang,” Abdul Rahman Ucap Terima Kasih Pada Rakyat Malaysia, Mohon Jangan Sebar Cerita Tak Sahih

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Itulah yang mampu digambarkan mengenai situasi Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, yang hilang enam ahli keluarganya sekelip mata dalam satu kemalangan baru-baru ini.

Insiden berkenaan menyaksikannya kini terpaksa mengharungi kehidupan bersama seorang lagi adik lelakinya yang berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Segamat.

Bagaimanapun, sejak hari pertama kejadian itu berlaku, Abdul Rahman tidak henti-henti mendapat ucapan dan kata-kata semangat, selain ramai juga yang tampil untuk membantunya.

Dia juga diziarahi oleh orang ramai yang sangat prihatin terhadap nasibnya.

Terharu dan bersyukur, Abdul Rahman menerusi video di TikTok semalam mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak mendoakannya.

“Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, saya Abdul Rahman Amir Ruddin merupakan anak kepada mangsa enam jenazah yang viral baru-baru ini.

“Pertama sekali, saya nak ucapkan terima kasih dekat seluruh rakyat Malaysia kerana banyak mendoakan.

“Betullah orang cakap, orang-orang Malaysia memang prihatin. Terima kasih..Sayang korang,” ucapnya.

Tambahnya, tujuan video itu dimuat naik adalah untuk memohon kepada seluruh warga maya untuk tidak menyebarkan berita atau sebarang info yang tidak sahih.

“Tujuan saya buat video ni adalah untuk memperbetulkan apa yang salah. Sebab sekarang ni kuasa dekat hujung jari. Macam-macam boleh jadi.

“Benda yang tak betul makin tersebar dan benda yang betul tertutup macam kita tak tahu.

“Saya cuma nak minta dekat warga-warga media.. apa orang kata ‘Nur’tizen (netizen). Tolong la kalau nak sebarkan benda itu, pastikan benda tu sahih dulu. Tak bagus la,” pesannya di media sosial berkenaan.

BACA JUGA: Terselit Nota Dinukil Arwah Ibu, Abdul Rahman Sebak Terima Al-Quran Milik Arwah Adik

Netizen Prihatin

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melontarkan kata-kata semangat buat dirinya selepas apa yang berlaku.

Sebahagian besar warganet luluh hati melihat senyumannya sambil mendoakan Rahman terus kuat dan kembali bersemangat mendepani kehidupan seperti sediakala.

terima kasih abdur rahman
terima kasih abdur rahman
terima kasih abdur rahman

Nahas Enam Beranak

Terdahulu, kemalangan yang berlaku di Jalan Segamat-Kuantan Jumaat lalu telah meragut nyawa enam beranak.

Insiden menyayat hati itu menyaksikan Norahimah Noor Muhammad, 43, Amir Ruddin Ismail, 46, dan empat anak iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5 meninggal dunia.

Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa, Muar.

Sumber: TikTok @rahmanlah