Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sayu, Penyelamat Temui ‘Sweater’ Merah Jambu Masih Utuh Dipercayai Milik Kanak-Kanak Penumpang Sriwijaya Air

Gambar via Andi Haslinda Rijal

Seperti yang diketahui, tujuh orang kanak-kanak dan tiga orang bayi turut terlibat dalam tragedi pesawat Sriwijaya Air SJ-182 yang terhempas pada Sabtu lalu.

Sehingga semalam, serpihan pesawat dan baju kanak-kanak mula ditemukan, lapor Tribun Mataram.

Gambar Via Andi Haslinda Rijal

Ia termasuk sehelai sweater bergambar Minnie Mouse yang berwarna merah jambu ditemukan tentera laut Indonesia (Kopaska) di perairan Kepulauan Seribu semasa operasi mencari dan menyelamat mayat mangsa pesawat Sriwijaya Air semalam.

Sweater itu dipercayai milik seorang kanak-kanak yang merupakan salah seorang penumpang pesawat tersebut.

Gambar via Andi Haslinda Rihal

Lebih memilukan, pakaian itu dilihat masih utuh dan tidak mengalami sebarang kesan koyakan ketika ditemukan oleh petugas.

Kecurigaan bahawa sweater itu milik kanak-kanak tersebut diperkuatkan lagi dengan gambar-gamabr di Instagram ibunya yang menyaksikan kanak-kanak itu memakai sweater di lapangan terbang.

Gambar Via Andi Haslina Rijal

Penemuan itu benar-benar membuatkan orang ramai merasa pilu dan sedih.

Ksemua penemuan akan diserahkan kepada Basarnas untuk penyelidikan.

Sumber: Askara, Tribun Mataram