Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Schneider Electric, peneraju global dalam teknologi tenaga, sekali lagi dinobatkan sebagai "Syarikat Paling Mampan di Dunia 2026" oleh TIME Magazine dan Statista buat tahun ketiga berturut-turut. Pengiktirafan ini diberikan berdasarkan penilaian terhadap 5,000 syarikat terbesar dan paling berpengaruh di dunia, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan Schneider Electric dalam menjadikan kemampanan sebagai teras kepada strategi perniagaan, tadbir urus serta prestasi syarikat.
Berlandaskan visinya untuk memacu kemajuan menerusi teknologi tenaga demi manfaat semua, Schneider Electric memanfaatkan kepakarannya dalam bidang elektrifikasi, kecekapan tenaga dan pendigitalan bagi menghasilkan impak yang meluas.
“Pengiktirafan daripada TIME dan Statista buat tahun ketiga berturut-turut merupakan satu penghormatan buat kami,” kata Eugene Quah, Presiden Negara Schneider Electric Malaysia. “Apabila tenaga semakin menjadi pemacu utama kepada pertumbuhan, daya saing dan kemajuan, keperluan untuk menggunakannya dengan lebih bijak juga semakin penting."
"Kami percaya kecerdasan tenaga merupakan pemangkin utama kepada peningkatan kecekapan dan penyahkarbonan, sekali gus membantu pelanggan mencipta nilai jangka panjang sambil mengurangkan pelepasan karbon. Keyakinan inilah yang telah membentuk Schneider Electric sejak sekian lama dan terus menjadi panduan dalam cara kami berinovasi, beroperasi serta memajukan teknologi tenaga.”
Pengiktirafan pada tahun ini lebih bermakna apabila Schneider Electric baru-baru ini melancarkan pelan hala tuju kemampanan baharunya, Impact 2030. Berteraskan empat tonggak strategik iaitu memperluaskan elektrifikasi dunia, mentransformasikan industri, memperkasa potensi insan dan memperkukuh komuniti setempat, Kumpulan ini memantau pencapaiannya setiap suku tahun menerusi petunjuk prestasi yang boleh diukur bagi memastikan akauntabiliti di setiap peringkat.
Pada suku pertama tahun ini, Schneider Electric merekodkan pengurangan pelepasan karbon dioksida (CO₂) Skop 1 dan Skop 2 sebanyak 82.5 peratus berbanding garis asas tahun 2017, sekali gus mengukuhkan daya tahan operasi syarikat.
Schneider Electric turut melaporkan:
Sebanyak 47.5 juta MWh tenaga berjaya dijimatkan atau dielektrifikasikan untuk pelanggan pada suku pertama, sekali gus meningkatkan daya tahan serta kecekapan tenaga.
Sebanyak 20 juta tan pelepasan CO₂ berjaya dikurangkan dan dielakkan dalam suku pertama sahaja.
Kumpulan ini juga terus melaksanakan rangka kerja Future Designed, dengan 14 peratus daripada tawaran utama yang masih berada pada peringkat reka bentuk kini memenuhi standard kecemerlangan dari aspek ekonomi kitaran dan kelestarian alam sekitar.
Menerusi Impact 2030, Schneider Electric turut memperkukuh pendekatannya dalam melibatkan keseluruhan ekosistem, dengan mengiktiraf bahawa kemajuan hanya dapat dipercepat apabila semua rakan kerjasama bergerak seiring. Usaha ini bermula dengan para pembekalnya:
Lebih 1,100 pembekal telah menyertai inisiatif Zero Carbon Pathway Kumpulan pada suku pertama, sekali gus memperluaskan akauntabiliti terhadap tindakan iklim di seluruh rantaian nilai.
Dalam persekitaran global yang semakin mencabar dan berpecah-belah, Schneider Electric juga percaya kemajuan yang mampan bergantung kepada asas komuniti tempatan yang kukuh. Komuniti dan masyarakat memainkan peranan penting sebagai pemacu perubahan lestari, sekali gus membantu menterjemahkan aspirasi global kepada impak yang nyata di peringkat tempatan. Sepanjang suku pertama tahun ini:
Lebih 2.8 juta orang mendapat manfaat daripada akses kepada bekalan elektrik yang mampan menerusi penyelesaian berfokuskan komuniti yang disokong oleh Schneider Electric.
Seramai 113,000 individu telah meningkatkan kemahiran menerusi program pendidikan dan latihan dalam bidang tenaga, elektrifikasi dan automasi, menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah menerima latihan sejak tahun 2009 melebihi 1.2 juta orang.
“Ketika kami memulakan fasa baharu perjalanan kemampanan ini dengan penuh cita-cita dan rendah hati, pengiktirafan buat kali ketiga ini memberi keyakinan bahawa kami berada di landasan yang tepat, di samping meningkatkan tanggungjawab untuk melangkah lebih jauh,” kata Esther Finidori, Ketua Pegawai Kemampanan. “Impact 2030 menyediakan rangka kerja yang membolehkan kami memperluaskan impak yang ingin dicapai, dan kami komited untuk terus mempercepatkan kemajuan dari satu suku ke suku yang seterusnya.”
Selain dinobatkan sebagai Syarikat Paling Mampan di Dunia oleh TIME Magazine dan Statista buat tahun ketiga berturut-turut, Schneider Electric juga merupakan satu-satunya syarikat yang pernah menduduki tempat pertama dalam penarafan Global 100 oleh Corporate Knights sebanyak dua kali, iaitu pada tahun 2021 dan 2025. Syarikat ini juga tersenarai dalam CDP Climate A List selama 15 tahun berturut-turut.
