Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sebahagian Besar Dunia Berpeluang Lihat "Blood Moon" Khamis Ini

blood moon
Kredit: AFP

Pemerhati langit di beberapa kawasan di benua Amerika, Eropah dan Afrika sedang bersiap sedia untuk menyaksikan gerhana bulan separa atau “Blood Moon” dalam pada malam Khamis hingga awal pagi Jumaat, apabila bayang-bayang Bumi akan menutupi kira-kira 96 peratus permukaan Bulan, lapor Anadolu Ajansi.

“Blood Moon” Khamis Ini

Menurut NASA, fenomena berkenaan dijangka akan berlaku pada 27 hingga 28 Ogos, bergantung kepada zon waktu, dengan kemuncak gerhana dijangka berlaku sekitar 0412 GMT pada 28 Ogos.

Fenomena itu dapat disaksikan sepenuhnya dari sebahagian besar benua Amerika, manakala pemerhati di beberapa kawasan di Eropah dan Afrika hanya dapat melihat sebahagian daripada gerhana ketika Bulan terbit atau terbenam.

Berbeza dengan gerhana bulan penuh, sebahagian kecil Bulan akan kekal berada di luar bayang-bayang paling gelap Bumi.

Bahagian Bulan yang mengalami gerhana boleh kelihatan kemerahan atau berwarna tembaga apabila cahaya matahari melalui atmosfera Bumi sebelum diserakkan dan dibiaskan, sekali gus menghasilkan kesan yang kadangkala dikaitkan dengan fenomena “bulan darah”.

Gerhana itu akan berlangsung lebih lima jam, bermula daripada fasa penumbra sehingga berakhirnya fasa tersebut, walaupun fasa gerhana separa dalam akan berlangsung dalam tempoh yang jauh lebih singkat.

Pada kemuncaknya, kira-kira 93 peratus diameter Bulan akan berada dalam umbra atau bayang-bayang gelap Bumi, menurut NASA dan sumber astronomi.

Fenomena ini berlaku hanya lebih dua minggu selepas gerhana matahari penuh pada 12 Ogos yang dapat dilihat di beberapa kawasan di Greenland, Iceland dan Sepanyol.

Gerhana matahari dan gerhana bulan lazimnya berlaku secara berpasangan disebabkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan yang sejajar.

Tidak seperti gerhana matahari, tiada perlindungan mata khas diperlukan untuk menyaksikan gerhana bulan.

Penggunaan teropong atau teleskop boleh memberikan pandangan yang lebih dekat, manakala keadaan langit yang cerah dan ufuk yang tidak terhalang akan memberikan suasana pemerhatian terbaik.

Intipati
  • Gerhana bulan separa dijangka berlaku pada 27 hingga 28 Ogos, bergantung zon waktu.
  • Sebahagian besar Amerika dapat menyaksikan gerhana sepenuhnya, manakala Eropah dan Afrika sebahagiannya.
  • Tiada perlindungan mata khas diperlukan, tetapi teropong atau teleskop boleh membantu pemerhatian.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan