Dalam satu sidang media yang diadakan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan bahawa seramai 20 pesakit Covid-19 di Malaysia telah berjaya dirawat dan discaj daripada hospital sehingga 23 Mac 2020.
Beliau turut menyatakan bahawa keseluruhan jumlah pesakit Covid-19 yang berjaya sembuh dan dibenarkan pulang adalah sebanyak 159 orang.
Sumber: KKM