Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Gempa Bumi Malaysia
Kredit: Orang Awam
Tiada Kategori

Sejarah Gempa Bumi Malaysia: Ini 5 Peristiwa Terburuk Pernah Direkodkan

Athirah

Sejarah Gempa Bumi Malaysia: Ini 5 Peristiwa Terburuk Pernah Direkodkan

Satu gempa bumi lemah telah dilaporkan berlaku di Johor, Malaysia kira-kira jam 9.00 pagi, pada Ahad lalu.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 2.2° Utara dan 103.1° Timur, dengan magnitud 2.8 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 28 kilometer Barat Laut Kluang, Johor, dengan kedalaman 10 kilometer.

Difahamkan, gegaran turut dirasai di Negeri Sembilan, Melaka dan Selatan Pahang.

Begitupun, bencana gempa bumi yang berlaku ini bukanlah perkara asing dan terjadi di seluruh dunia. Malah, kita juga tidak dapat menolak bahawa gempa bumi merupakan antara bencana alam yang paling dahsyat pernah dihadapi manusia.

Justeru, kali ini kami ingin berkongsi dengan anda sejarah gempa bumi terburuk yang pernah berlaku di Malaysia.

Johor alami dua gempa bumi pada tahun 1922

Pada 31 Januari dan 7 Februari 1922, dua gempa bumi dengan magnitud sekitar 5.0 hingga 5.4 telah berlaku di Johor. Gegaran dirasai di beberapa kawasan, namun kerosakan adalah minimum.

Di samping itu, sejarah gempa bumi pada tahun 1922 telah mewakili contoh gempa intraplat, yang bermaksud gempa bumi tersebut berpunca dari dalam plat tektonik itu sendiri dan bukan di sempadannya.

Berbeza dengan gempa antara plat (interplate) yang berlaku akibat perlanggaran atau pergeseran plat tektonik, gempa intraplat adalah kurang kerap dan puncanya boleh menjadi lebih kompleks.

Gempa bumi di Lahad Datu pada 1923

Dalam sejarah Malaysia, antara gempa bumi terbesar yang pernah direkodkan ialah di Lahad Datu pada 11 Ogos 1923 dengan magnitud 6.6. Gegaran kuat ini turut menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan di Sabah.

13 siri gempa bumi di Bukit Tinggi

Sebanyak 13 siri gempa bumi berlaku sepanjang zon sesar Bukit Tinggi iaitu zon sesar aktif yang merentasi sempadan Selangor dan Johor antara 30 November 2007 hingga 14 Januari 2008.

Gempa bumi Lautan Hindi pada tahun 2004

Walaupun Semenanjung Malaysia terletak di atas Plat Sunda yang stabil, namun kawasan ini tidak sepenuhnya terasing daripada pengaruh seismik dari luar.

Difahamkan, peristiwa seismik yang memberi kesan paling ketara di Semenanjung Malaysia biasanya berpunca daripada zon gempa utama yang terletak jauh di luar sempadannya.

Pada 26 Disember 2004, Malaysia terjejas oleh tsunami yang disebabkan oleh gempa bumi besar di Sumatera. Kawasan seperti Pulau Pinang dan Langkawi mengalami ombak setinggi dua hingga tiga meter, sekaligus menyebabkan kerosakan di beberapa kawasan pesisir.

Di samping itu, tsunami tersebut mengakibatkan 68 kematian di Pulau Pinang, Langkawi dan Kedah.

Gempa bumi di Ranau Sabah pada tahun 2015

Gempa bumi Sabah 2015 merupakan bencana geofizik paling teruk yang pernah direkodkan di Malaysia.

Difahamkan, bencana ini telah mengakibatkan kerugian ekonomi yang tinggi serta mencetuskan pelbagai bencana geologi berantai di sekitar Tapak Warisan Dunia UNESCO di Sabah.

BACA: Ramai Terhibur, Lelaki Bergurau Guna Cicak Buat Jemaah Lari Di Masjid

Sumber: NADMA, Malaysia Japan International Institute of Technology