Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sekitar tiga puluh tahun lalu, lahir sebuah kapcai sederhana bernama Modenas Kriss dari Gurun, Kedah. Sejak itu, cara rakyat Malaysia bergerak berubah. Dari pelajar universiti, pekerja kilang, hinggalah ayah yang setia hantar anak ke sekolah, Kriss menjadi sebahagian daripada memori rakyat Malaysia.
Kini, sempena ulang tahun ke-30, Modenas sekali lagi membuktikan bahawa mereka bukan sekadar jenama, tetapi sebahagian daripada perjalanan rakyat. Tumpuan kini beralih kepada model baharu ELIT 150S, sebuah skuter moden yang bukan sahaja bergaya, malah mampu bergerak sehingga 480 km dengan satu tangki penuh, jarak yang cukup untuk buat ramai rider tersenyum puas dan boleh ‘ride’ dari KL ke Penang tanpa perlu berhenti isi minyak.


Sambutan ulang tahun ke-30 Modenas menyaksikan bukan sahaja imbasan nostalgia model-model lama, tetapi juga detik berani dengan pelancaran ELIT 150S.
Kemampuan jarak tunggangan 480 km ini membuatkan ramai penggemar skuter kagum. Ia menjadi bukti bahawa kebolehpercayaan, penjimatan bahan api dan prestasi tinggi kini bukan lagi milik jenama luar semata-mata. ELIT 150S tampil sebagai pilihan rider urban yang mahukan prestasi, gaya, dan nilai berbaloi dalam satu pakej.

ELIT 150S direka untuk kemudahan seharian. Ia mempunyai ruang simpanan 23 liter di bawah tempat duduk dan dua kompartmen tambahan di bahagian depan, membolehkan rider menyimpan barang penting dengan mudah.
Selain itu, model ini turut dihadiri dengan beberapa tambahan lain termasuk port USB untuk pengecasan peranti di mana korang tak perlu risau bateri telefon habis semasa berada di jalan raya. Malahan, ianya juga mempunyai lampu kecemasan (hazard light) untuk keselamatan tambahan serta sistem penghidup menggunakan smart key yang lebih moden dan praktikal.

ELIT 150S ditawarkan dalam dua warna menarik iaitu Riviera Blue dan Quantum Grey, sesuai untuk mereka yang ingin tampil bergaya.
Menariknya lagi, model ini hadir bersama jaminan dua tahun atau 20,000 km terhadap kecacatan pengeluaran, memberi ketenangan fikiran kepada pemiliknya.
Digerakkan oleh enjin silinder tunggal 149 cc, berpenyejukan cecair, ELIT 150S menghasilkan 14 hp pada 8,250 rpm dan 13.5 Nm tork pada 6,750 rpm, dipadankan dengan transmisi CVT dan final drive tali untuk tunggangan yang lancar.
Dengan tangki 12 liter, skuter ini mampu mencapai jarak sehingga 480 km, menjadikannya pilihan ideal untuk perjalanan jarak jauh atau kegunaan harian di bandar.

Suspensi depan menggunakan fork teleskopik, manakala bahagian belakang dilengkapi penyerap hentak berkembar, dipadankan dengan roda 13 inci dan tayar 110/70 di depan serta 130/70 di belakang untuk kestabilan. Sistem brek menggunakan cakera hidraulik depan dan belakang, memberikan kawalan yang selamat.
Tidak berhenti setakat itu, Modenas turut memperkenalkan konsep MEV-1 dan MEV-2, melangkah ke dunia mobiliti elektrik sebagai sebahagian daripada strategi kelestarian dan inovasi masa depan.
Dari Kriss yang pernah menjadi ikon rakyat Malaysia, kini ke ELIT 150S yang moden, praktikal, dan bergaya, perjalanan Modenas jelas menunjukkan satu perkara: jenama tempatan ini mampu menawarkan skuter yang berprestasi tinggi, mesra pengguna, dan setanding dengan pilihan luar.
Untuk rider yang mencari skuter yang jimat, tahan lama, dan sesuai untuk perjalanan jauh, ELIT 150S adalah simbol evolusi Modenas yang wajar dipertimbangkan.