Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
ptptn percuma anak miskin
Gambar: Bernama

Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Terhadap Peminjam PTPTN Culas Buat Bayaran Balik

Iqbal Yasir

Sekatan Perjalanan Ke Luar Negara Terhadap Peminjam PTPTN Culas Buat Bayaran Balik

KUALA LUMPUR — Kerajaan akan mengenakan sekatan perjalanan ke luar negara kepada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mampu bayar dan bekerja di luar negara, tetapi culas membuat bayaran balik.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pembentangan Belanjawan 2026 petang tadi.

Sebelum ini, Anwar mengumumkan bahawa Kerajaan akan memberikan Pendidikan Percuma PTPTN kepada 5,800 anak keluarga miskin yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), mulai tahun hadapan.

Difahamkan, bantuan itu melibatkan peruntukan RM120 juta setahun bagi keluarga miskin, iaitu pendapatan isi rumah kurang dari RM2,705.

“PTPTN lahir daripada iltizam mengeluarkan anak bangsa daripada kancah kemiskinan melalui pendidikan.

“Jadi ini satu permulaan yang berani yang belum difikirkan dulu dan kita harap ini dapat ditingkatkan mengikut keupayaan kewangan negara berikutnya.

“Kerajaan juga bersetuju mengecualikan bayaran balik PTPTN kepada semua mahasiswa yang perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA daripada keluarga pendapatan rendah dan menengah, yang akan memberi manfaat sekitar 6,000 peminjam dengan peruntukan RM90 juta setahun,” maklum Anwar.

Selain itu, beliau berkata Kerajaan bersetuju menambah 1,500 lagi unjuran tempat bagi Ijazah Sarjana Muda dalam 10 bidang pengajian di lima universiti penyelidikan, antaranya undang-undang, perakaunan, ekonomi, perbankan, kewangan Islam, kecerdasan buatan (AI) serta bahasa.

“Kerajaan juga prihatin kepada kegusaran ramai pelajar cemerlang terutama lulusan STPM untuk mendapat tempat di IPT terpilih,” kata Perdana Menteri.

BACA: Pendidikan Percuma PTPTN Kepada 5,800 Anak Keluarga Miskin Mulai Tahun Hadapan

Bagi memperkasakan bidang perubatan, Anwar berkata kerajaan bersetuju melaksanakan dua projek kerjasama awam-swasta iaitu Pembangunan Teknopolis Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya Health Metropolis, untuk membangunkan Hospital di Petaling Jaya dengan kerajasama Kerajaan Negeri Selangor.

Perdana Menteri berkata kerajaan juga bersetuju membenarkan hospital pengajar universiti awam, menubuhkan tabung endowmen dan sumbangan diterima layak mendapat potongan cukai pendapatan serta semua sumbangan yang diterima, termasuk pendapatan yang terbit dari tabung, dikecualikan cukai sepenuhnya.

Manakala bidang aeronautik akan diperkasakan dengan peruntukan RM16 juta dengan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) akan membangunkan Air Space Sandbox di Sungai Batu Pahat, Perlis iaitu kemudahan pertama negara bagi pengujian penerbangan altitud rendah yang kian penting dalam sektor logistik, pemetaan, pertanian pintar dan keselamatan.

Sementara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menjadi universiti di ASEAN pertama yang punyai lapangan terbang, bagi menyokong industri penerbangan maritim dan melahirkan juruterbang amfibia tempatan.

Sumber: Teks Belanjawan 2026