Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Hello Doktor

Sekolah Dibuka? Ini 4 Rutin Penting Anak Kena Amalkan Elak COVID-19

Zahirah

Setelah lama bercuti, kini pelajar sekolah perlu kembali semula ke sekolah masing-masing. Jika dahulu sekolah adalah tempat untuk anak-anak belajar, bermain, dan mengenali rakan baharu, namun kini perkara tersebut agak terhad untuk dilakukan kerana pandemik yang melanda dunia ketika ini.

Mengambil kira situasi pandemik sekarang, tidak hairan jika kebanyakan ibu bapa merasa takut dan bimbang apabila menghantar anak mereka ke sekolah. Sudah tentu, mereka khuatir jika anak-anak yang selama ini dilindungi dengan baik dirumah, boleh terdedah dengan Covid-19 di sekolah.

Namun begitu, hidup perlu diteruskan dan kita semua akhirnya perlu keluar dari rumah untuk menjalani kehidupan normal. Orang dewasa perlu keluar mencari rezeki seperti biasa, begitu juga dengan anak-anak yang perlu menghadirkan diri ke sekolah untuk sesi pelajaran secara bersua seperti pra-pandemik.

Tetapi, ibu bapa tidak perlu lagi bimbang kerana kini terdapat prosedur operasi standard (SOP) yang perlu diikuti oleh premis sekolah untuk membenarkan murid masuk belajar.

Untuk mengetahui senarai tersebut dengan lebih lanjut, ikuti perkongsian daripada Hello Doktor ini.

Sekolah dibuka: Checklist anak masuk sekolah

Melakukan persediaan sebelum menghantar anak ke sekolah adalah penting, bukan sahaja untuk keselamatan mereka, tetapi juga dapat mengurangkan kebimbangan anda.

Ia terutamanya jika si kecil baru memasuki darjah 1. Ini kerana situasinya adalah berbeza sama sekali semasa mereka di tadika mahupun prasekolah.

Pemakaian pelitup muka, antara checklist anak masuk sekolah yang penting

Antara peraturan wajib apabila sekolah dibuka adalah mengenai pemakaian pelitup muka. Berikut tip yang boleh anda pertimbangkan:

  • Sediakan beberapa keping pelitup muka ekstra setiap hari. Pastikan juga anda menyediakan beg penyimpanan (resealable bag) untuk anak menyimpan pelitup muka apabila tidak memakainya seperti ketika waktu rehat

  • Sekiranya perlu, anda boleh melabelkan pelitup muka anak dengan jelas supaya tidak tertukar dengan rakan-rakannya yang lain

  • Ajari anak untuk memakai dan menanggalkan pelitup muka dengan betul

  • Ingatkan kepada anak untuk sentiasa mencuci tangan terlebih dahulu sebelum dan selepas menyentuh pelitup muka mereka

Kredit: Hello Doktor
  • Didik anak untuk tidak berkongsi atau menukar pelitup muka mereka dengan rakan kelas yang lain

Sekiranya bimbang mengenai ketidakselesaan anak yang perlu memakai pelitup muka sepanjang sesi persekolahan, anda boleh menyediakan pelindung muka (face shield).

Tetapi pastikan anda menyemak sama ada peraturan sekolah anak membenarkan pemakaian face shield atau tidak terlebih dahulu.

Amalkan penjarakan selamat apabila sekolah dibuka

Selain pemakaian pelitup muka atau face mask, penjarakan sosial atau penjarakan fizikal juga termasuk dalam checklist anak masuk sekolah yang penting.

Amalan ini dapat mewujudkan ruang yang cukup antara individu bagi mengurangkan penularan penyakit.

Situasi ini boleh dipastikan ketika di dalam kelas, tetapi bagaimana pula jika di luar kelas?

Jadi, di sinilah pentingnya untuk memainkan peranan anda sebagai ibu bapa. Nasihat dan didik anak supaya tidak berkumpul atau berada terlalu dekat dengan rakan-rakannya.

Bekalan semasa rehat

Sebelum COVID melanda, waktu rehat adalah masa yang paling ditunggu-tunggu. Terbayang di fikiran pelbagai makanan yang dijual di kantin sekolah.

Tetapi buat masa kini, cara yang terbaik adalah dengan membekalkan anak makanan untuk dimakan ketika waktu rehat.

Jika berkesempatan, ibu boleh menyediakan bekalan makanan kegemaran anak, pastinya ia akan dapat membantu menaikkan selera mereka. Jangan lupa untuk selitkan buah-buahan sekali, okay? Barulah dikatakan satu hidangan yang sihat!

Sekolah dibuka: Penting untuk memastikan tangan sentiasa bersih

Didik anak untuk mencuci tangan dengan sabun dan air sekurang-kurangnya 20 saat, ini terutamanya sebelum dan selepas makan atau selepas membetulkan pelitup muka.

Ajari mereka teknik mencuci tangan yang terbaik – membasahkan tangan dengan air terlebih dahulu, pam dispenser sabun. Kemudian gosok tangan, termasuk di antara celahan jari selama 15-20 saat. Akhir sekali, bilas tangan dengan air sebelum dikeringkan.

Namun sekiranya anak tidak mempunyai akses kepada air terutamanya jika mereka makan di kelas sewaktu rehat, gunakan hand sanitizer.

Jadi, jangan lupa bekalkan sekali gel pembersih tangan untuk anak ya?

Pesan juga kepada anak untuk mengelakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulutnya.

Walaupun sekolah dibuka, tapi duduk di rumah jika sakit

Kredit: Hello Doktor

Apabila sekolah dibuka, pastinya anak-anak akan berasa gembira untuk bertemu kembali dengan rakan-rakannya.

Pun begitu, kesihatan anak masih perlu diutamakan. Ini kerana ia bukan hanya untuk kebaikan anak, tetapi individu lain yang turut hadir ke sekolah.

Sekiranya anak tampak tidak sihat atau mengalami gejala COVID-19, sebaiknya biarkan mereka berehat di rumah. Antara simptom yang perlu diperhatikan adalah:

Sekiranya keadaan anak membimbangkan, bawa mereka untuk mendapatkan pemeriksaan doktor segera.

Kredit: Hello Doktor

Sekolah dibuka: Rutin pulang ke rumah

Langkah pertama yang perlu dijadikan sebagai rutin harian apabila pulang dari sekolah adalah untuk meminta anak mencuci tangan.

Sebagai ibu bapa, anda tidak dapat mengawal apa yang anak-anak lakukan di sekolah. Jadi penting untuk memastikan anak mencuci tangan dan mandi sebaik sahaja pulang ke rumah.

Rutin lain yang boleh dibuat apabila anak balik ke rumah adalah untuk melakukan prosedur disinfeksi barangan sekolah anak seperti beg galas dan bekalan sekolah lain seperti bekas makanan dan minuman.

Lakukan juga prosedur tersebut untuk barangan harian sekolah seperti alatan menulis kerana ada kemungkinan mereka mungkin berkongsi item dengan rakan-rakan lain. Jangan lupa untuk menambah bekalan pelitup muka anak sekali, okay?

Sumber: Hello Doktor