Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sekolah Ditutup Jika IPU Cecah 200, Darurat Jika Capai 300 - Amirudin

SEKOLAH
Kredit: Bernama

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan bahawa tindakan berkaitan keadaan jerebu di negeri itu adalah tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menurut beliau, sekolah akan ditutup sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 200, manakala bacaan 300 memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) bagi pengisytiharan darurat.

“Ada SOP MKN – kalau IPU cecah 200 sekolah ditutup, jika telah sampai bacaan 300, dapatkan perkenan YDPA untuk darurat,” katanya menerusi satu hantaran di Threads hari ini.

Tangkap layar hantaran Threads Menteri Besar Selangor

Beliau berkata demikian sebagai respons kepada pengguna Threads, @ronasraff yang mencadangkan supaya cuti peristiwa diberikan kepada pekerja susulan keadaan jerebu.

Pengguna berkenaan turut menyatakan pandangan bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan cuti peristiwa sekiranya keadaan jerebu bertambah serius.

Respons Amirudin itu kemudian mendapat reaksi positif daripada pengguna berkenaan yang mengucapkan terima kasih atas penjelasan tersebut.

“Thanks for respon YB MB,” katanya.

Intipati
  • Amirudin berkata tindakan berkaitan jerebu di Selangor tertakluk kepada SOP ditetapkan MKN.
  • Sekolah akan ditutup sekiranya bacaan IPU mencapai 200, menurut penjelasan Amirudin.
  • Bacaan IPU 300 memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi pengisytiharan darurat.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan