Terkini

Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Letupan di Lubnan
Gambar: AFP

Sekurang-Kurangnya Seorang Maut Dan 100 Cedera Dalam Letupan Baharu Di Lubnan

Iqbal Yasir

Sekurang-Kurangnya Seorang Maut Dan 100 Cedera Dalam Letupan Baharu Di Lubnan

BEIRUT, 19 Sept (Bernama) — Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dan 100 lagi cedera dalam gelombang letupan terkini yang berkaitan dengan peranti elektronik di Lubnan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) yang memetik Kementerian Kesihatan di Beirut, pada Rabu.

Saksi di kawasan itu memberitahu dpa bahawa letupan baharu kedengaran di pinggir selatan Beirut dan selatan Lubnan pada Rabu.

Satu sumber dalaman militan pro-Iran, Hizbullah berkata peranti tanpa wayar seperti walkie-talkie telah meletup, dan sumber keselamatan Lubnan mengesahkan bahawa walkie-talkie berkenaan meletup, sebahagiannya di dalam kereta dan ada yang dibawa oleh anggota Hizbullah menaiki motosikal.

Bunyi letupan itu berlaku pada waktu sama dengan tempoh berkabung Hizbullah bagi sebahagian daripada mereka yang terbunuh dalam letupan alat kelui pada Selasa, yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan kira-kira 2,800 yang lain.

“Serangan ini akan menerima hukuman balas, dan hukuman itu akan datang, Insya-Allah,” kata Pengerusi Majlis Eksekutif Hizbullah, Hashem Sefeiddine, semasa pengebumian.

Beliau berkata Ketua Hizbullah Hassan Nasrallah akan menyampaikan pandangannya pada Khamis apabila “segala-galanya akan menjadi lebih jelas.”

“Kami akan berdepan dengan corak baharu dan konfrontasi baharu dengan musuh,” kata Sefeiddine.

Sumber: BERNAMA

BACA JUGA: Dua Pelancong China Maut, Kereta Ditimpa Pokok Tumbang & Konkrit Di Pulau Pinang

BACA JUGA: Polis Tahan Lima Individu, Rampas Dua Kenderaan Ada Lambang GISBH Di Sempadan Bukit Kayu Hitam