Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Sebelum nak beli rumah mesti banyak benda kita perlu pertimbangkan, lebih-lebih lagi rumah untuk menempatkan seluruh keluarga. Antaranya, dekat ke dengan sekolah untuk anak-anak? Akses nak ulang-alik kerja? Serta beberapa perkara seperti pusat membeli-belah dan kemudahan lain.
Perkongsian SK kali ni mungkin berguna untuk mereka yang kali pertama nak beli rumah dan masih pening kepala nak fikir kat mana nak mula dulu.
Selamat tak kawasan tu?
Bila dah survey satu-satu kawasan tu, cuba tengok dan tanya diri, “Selamat tak kawasan ni?” Pastinya, setiap daripada kita, sebagai tuan rumah mahukan kediaman dan kejiranan selamat daripada panas, hujan, serta bahaya luar yang memberi ancaman untuk anda sekeluarga.
Apa guna kalau diri sendiri pun rasa tak selamat?
Berapa besar ruang parking?
Mungkin ada yang nampak isu ni remeh, tapi bila dah lama-lama tu mulalah nanti bergaduh laki bini, apatah lagi kalau dua-dua bekerja. Seiring dengan kecanggihan zaman sekarang n yang masing-masing memerlukan kenderaan untuk bergerak, isu parking ni seharusnya menjadi faktor penting dalam pertimbangan anda sebelum beli rumah.
Apa je ada di unit projek?
Untuk rumah landed khususnya, pertimbangkan jenis-jenis fasiliti yang ada dan pastinya berguna untuk anda sebagai penduduk. Ada projek yang menawarkan taman, keahlian clubhouse, dewan dan sebagainya.
Projek yang SK akan kongsi nanti pun menawarkan fasiliti terbaik dengan komuniti gated dan guarded! Sambung baca.
‘Crowd’ tak kawasan tu?
Ada yang sukakan kejiranan yang padat, tapi daripada segi pemilihan rumah terutamanya untuk yang berkeluarga, kejiranan yang padat akan menyumbang masalah seperti trafik. Tanya balik diri sendiri, okay ke duduk dalam suasana sesak dan sibuk?
Dekat tak dengan kemudahan fasiliti anak-anak dan orang rumah?
Semestinya perkara kelima ini perlu dititikberatkan sebaik-baiknya kerana perlu mengambil kira kesesuaian untuk ahli keluarga lain. Bagi yang mempunyai anak, pusat pendidikan merupakan faktor terbesar dalam penentuan pemilihan kediaman.
Selain itu, kemudahan lain seperti surau, tempat rekreasi, hospital serta pusat membeli-belah.
Banyak faktor yang perlu dikaji kerana melibatkan keluarga kita sendiri. Untuk yang malas nak fikir banyak, SK nak mudahkan perancangan pembelian anda dengan kongsikan projek baru yang memenuhi kriteria untuk kelima-lima aspek yang kita bincangkan tadi.


Lebuhraya Utara – Selatan
Lebuhraya Seremban – Port Dickson
KLIA Lingkage
Lebuhraya Senawang – KLIA Expressway (Dalam cadangan)
Terletak di tengah-tengah Bandar Sri Sendayan (The heart of Bandar Sri Sendayan)
Sendayan Merchant Square
Sendayan X-Park
D’tempat Country Club
Sendayan Metropark
Sendayan TechValley

Hospital Columbia Asia (11km)
Hospital KPJ Seremban Specialist (12km)
Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (14km)
SMK (Felda) Seri Sendayan (2km)
SJK T Bandar Sri Sendayan (4km)
SJK C Tung Hua S2 Heights (7km)
Nilai University (24km)
INTI International University (25km)
Matrix Global Schools
SJK C Bandar Sri Sendayan
SMK Bandar Baru Seri Sendayan

Mydin Hypermarket Seremban 2 (8km)
AEON Seremban 2 (9km)
Tesco Extra Seremban 2 & NSK Trade City Seremban (11km)
Palm Mall (12km)
Pembangunan Bayu Sutera melibatkan kawasan seluas 216 ekar ini terbahagi kepada empat presint dimana setiap kawasan dilengkapi dengan taman rekreasi tersendiri untuk memenuhi gaya hidup masa kini dan pastinya dengan ciri-ciri keselamatan terbaik untuk kehidupan harmoni bersama orang yang tersayang.





Kediaman di CELYN menitik beratkan keselamatan penduduk dengan penyediaan CCTV serta pondok rukun tetangga.
CELYN terbahagi kepada dua jenis unit rumah terdiri daripada jenis A dan B dengan jumlah sebanyak 325 unit kediaman. Daripada segi ruang, CELYN lengkap dengan ruang tamu, ruang makan dan dapur yang luas.

Berminat mengetahui lebih lanjut, layari https://bayusutera.com/siakapkeli/ atau hubungi 1800-88-2688.