Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selepas Bongkar Skandal Bola Sepak Argentina, Molina Beri Bayangan Bakal Dedah 'Sisi Gelap' Disembunyikan Indonesia

Indonesia
Kredit: Detik.com

Selepas Bongkar Skandal Bola Sepak Argentina, Molina Beri Bayangan Bakal Dedah 'Sisi Gelap' Disembunyikan Indonesia

Wartawan sukan antarabangsa, Romain Molina memberi bayangan akan bahawa Indonesia bakal menjadi negara seterusnya selepas dia mendedahkan pelbagai jenayah korupsi bola sepak oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) baru-baru ini.

Isu itu mencuri perkongsian ramai khususnya peminat sukan Sang Garuda itu selepas Molina meninggalkan komen dalam satu hantaran.

"Next case: Indonesia..

Malah ada yang mempersolkan mengenai kesahihan tentang perkara berkenaan.

"Saya harap ini fakta baru antara petinggi pssi dan presiden fifa, karena beberapa waktu mereka bertemu dan banyak hal belum terkuak. Saya harap ada kebocoran terkait pertemuan mereka," komen seorang pengguna.

"Mari kita siapkan cemilan. Bagaimana pun obat itu pahit, tapi menyehatkan." komen seorang lagi.

Molina dengan konsistennya mendedahkan kebanyakan kes dijangka terus membuka pekung sisi gelap bola sepak melibatkan banyak lagi negara.

Sebelum ini, wartawan asal Perancis itu turut mempersoalkan keputusan FIFA dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia antara England dan Norway.