Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selepas Dua Tahun Tanpa Bekalan Elektrik, Kampung Long Tap Di Baram Kembali 'Bercahaya'

DUA

Selepas Dua Tahun Tanpa Bekalan Elektrik, Kampung Long Tap Di Baram Kembali 'Bercahaya'

Selepas dua tahun tanpa bekalan elektrik yang stabil, Kampung Long Tap di pedalaman Sarawak kini kembali menikmati bekalan elektrik 24 jam, membolehkan kanak-kanak belajar semula pada waktu malam.

EFS Group, bersama Planet QEOS Sdn. Bhd., telah menyokong usaha pemulihan sistem tenaga boleh baharu di Kampung Long Tap, sekali gus membantu mengembalikan bekalan elektrik yang stabil kepada lebih 640 penduduk daripada 71 isi rumah di daerah pedalaman Baram, Sarawak.

Stesen janakuasa solar kampung tersebut musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran dua tahun lalu. Meskipun tiada kecederaan dilaporkan, kehilangan bateri dan peralatan menyebabkan penduduk terpaksa bergantung pada penjana diesel yang hanya membekalkan elektrik untuk tempoh tertentu.

Sejak itu, setiap keluarga terpaksa menjalankan rutin harian dengan bekalan yang tidak menentu sambil menantikan penyelesaian yang berkekalan.

Sistem tenaga boleh diperbaharui yang telah dipulihkan di Kampung Long Tap kini menyediakan bekalan elektrik 24 jam yang stabil kepada lebih 640 penduduk, menghubungkan semula kampung tersebut selepas dua tahun tanpa bekalan elektrik.

“Ketika kami mengunjungi Kampung Long Tap, kami dapat melihat sendiri bagaimana dua tahun tanpa bekalan elektrik yang stabil telah mengubah rentak kehidupan seharian penduduk, daripada cara kanak-kanak belajar pada waktu malam hinggalah cara keluarga memasak dan menyimpan makanan."

"Atas sebab itu, usaha pemulihan ini sangat bermakna kepada pasukan kami. Ia bukan sekadar membaiki peralatan, tetapi mengembalikan satu keperluan asas yang telah hilang daripada kehidupan penduduk selama dua tahun,” kata Darren Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EFS Group

Projek pemulihan ini melibatkan penggantian Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (Battery Energy Storage System, BESS) dan penyongsang yang rosak, sementara sistem fotovoltaik solar (PV) sedia ada berkapasiti 63.9 kWp terus digunakan.

Oleh sebab gangguan bekalan sebelum ini berpunca daripada kebakaran bateri, sistem baharu ini dibina semula dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan, termasuk sistem pemadaman kebakaran pada peringkat pek bateri, pemantauan suhu serta pemantauan berterusan berasaskan awan. Sistem ini turut menjamin bekalan tenaga harian kira-kira 180 kWh untuk tempoh 10 tahun.

Lokasi Kampung Long Tap yang terpencil, akses jalan raya yang terhad dan bentuk muka bumi yang mencabar menimbulkan kekangan logistik yang besar sepanjang pelaksanaan projek.

Keadaan ini menyukarkan proses penghantaran peralatan dan bahan ke kampung tersebut. Namun begitu, pasukan projek berjaya menyelesaikan pemasangan dalam tempoh hanya enam hari.

Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) yang dinaik taraf dilengkapi ciri keselamatan kebakaran dan keupayaan pemantauan yang dipertingkatkan, sekali gus memastikan bekalan tenaga boleh diperbaharui yang lebih selamat dan boleh dipercayai untuk komuniti Kampung Long Tap.

Sistem ini kini dilindungi oleh jaminan prestasi selama 10 tahun serta waranti peralatan. Operasi dan penyelenggaraan berterusan diuruskan menerusi pusat perkhidmatan penyelenggaraan berpusat milik konsortium di Baram Deeptech1, Long Lama, manakala petugas tempatan yang dilantik turut membantu melaksanakan pembersihan panel secara berkala dan pemantauan sistem.

“Kampung Long Tap mengingatkan kami tentang kepentingan sebenar usaha ini. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Planet QEOS untuk memulihkan perkhidmatan penting ini, sekaligus memastikan komuniti setempat kembali menikmati bekalan tenaga yang stabil. Usaha ini bukan sekadar memulihkan sebuah sistem tenaga, tetapi menghidupkan visi kami ‘Empowering Every Community with Clean Energy’."

"Ia turut mengukuhkan keyakinan bahawa EFS berada di landasan yang tepat dalam menggunakan kepakaran kami untuk membawa perubahan bermakna kepada komuniti yang paling memerlukannya. Kami akan terus memperjuangkan usaha elektrifikasi luar bandar, satu kampung demi satu kampung.”

Seiring dengan usaha Malaysia mempercepat peralihan tenaganya, projek Kampung Long Tap menunjukkan bagaimana kerjasama industri mampu memperluas manfaat tenaga mampan melangkaui pusat bandar.

Inisiatif seperti ini dapat memperkukuh daya tahan komuniti, merapatkan jurang akses tenaga di luar bandar dan membantu memastikan tiada komuniti yang tercicir dalam peralihan negara ke arah masa depan tenaga yang lebih bersih dan inklusif.

Untuk maklumat lanjut mengenai EFS Group, sila layari: https://www.efsrevision.com/ atau ikuti EFS Group di LinkedIn https://www.linkedin.com/company/efs-revision-group/.

Intipati
  • Kampung Long Tap kembali menikmati bekalan elektrik 24 jam selepas dua tahun tidak stabil.
  • Pemulihan sistem tenaga boleh baharu memanfaatkan lebih 640 penduduk daripada 71 isi rumah.
  • Sistem baharu dilengkapi keselamatan kebakaran, pemantauan awan dan jaminan prestasi 10 tahun.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan