Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gambar: Az Central

Selepas Lebih 60 Tahun, Identiti Sebenar Gadis ‘Little Miss Body’ Yang Hilang Pada 1960 Akhirnya Didedah

Nadhirah

Selepas lebih 60 tahun, akhirnya kes kehilangan seorang gadis kecil ‘Little Miss Nobody’ berjaya dibongkarkan dan dipercayai pernah diculik dari rumahnya ketika dia masih kecil, memetik laporan The Independent.

Menurut laporan, gadis itu pernah diculik, dibunuh dan ditanam dalam padang pasir sebelum mayatnya ditemui di Sand Creek Wash berhampiran Kongres, Arizona di US semasa usianya sekitar tiga ke enam tahun.

Dianggarkan mayat gadis itu dijumpai dalam tempoh dua minggu selepas tarikh kematiannya. Selepas ia digali semula, penyiasat mula mengenal pasti ciri-ciri identitinya dan siasatan mendalam bermula.

Difahamkan, sepanjang tempoh 62 tahun berlalu, gadis itu hanya dirujuk sebagai ‘Little Miss Nobody’ kerana identitinya langsung tidak dapat disahkan sewaktu kematiannya.

Bagaimanapun, kini identitinya telah terbongkar dan akhirnya didedahkan kepada umum menerusi satu sidang media yang dijalankan pada Selasa baru-baru ini.

Nama sebenar ‘Little Miss Nobody’

Menurut Independet, nama sebenar gadis berkenaan ialah Sharon Lee Gallegos. Difahamkan, ketika itu dia dilapor telah diculik dari rumahnya di New Mexico ketika hari kejadian tersebut.

Tambah laporan itu lagi, kematian Sharon ini dianggap sebagai satu kes pembunuhan. Hal ini kerana semasa mayatnya ditemui, terdapat sepasang kasut dewasa yang dijumpai berhampirannya.

Mayat dikebumikan tanpa pengesahan identiti

Ketika mayatnya ditemui, pihak polis tidak berjaya mengenal pasti identiti Sharon.

Disebabkan itu mereka terus menjalankan upacara pengembumian di kawasan berhampiran oleh orang ramai tanpa sebarang siasatan lanjut.

Menurut ibu pejabat Sheriff, ketika itu identiti Sharon telah ditentukan dengan menggunakan teknologi analisis data DNA yang dijalankan oleh makmal yang berpusat di Texas.

Namun pada tahun 2018 lalu, kubur Sharon pernah digali semula bagi mendapatkan semula DNA nya untuk dianalisis.

Walau bagaimanapun, ujian DNA pada tahun itu masih tidak dapat mengenal pasti identitinya kerana teknologi yang digunakan ketika itu kurang maju.

Bagaimanapun pada tahun ini, dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, identiti sebenar ‘Little Miss Nobody’ akhirnya telah dikenal pasti di sebuah makmal.

Gambar: The Charley Project

Makmal tersebut, Othram yang berpusat di Texas yang mengendalikan analisis itu mengesahkan bahawa mayat tersebut sememangnya milik Sharon.

Hasil analisis mendapati, Sharon telah diculik ketika berusia empat tahun sebelum dibunuh.

Siasatan lanjut akan dijalankan

Pegawai penganalisis di sana turut menyatakan bahawa mereka akan menyiasat dengan lebih lanjut bagi mengenal pasti siapakah ‘dalang’ di sebalik kejadian misteri ini.

Pihak mereka juga ingin mengetahui apakah yang berlaku dalam tempoh sepuluh hari sebelum Sharon dilaporkan hilang serta sebelum mayatnya ditemui.

Dalam pada itu, The Charley Project menerusi The Independent menyatakan bahawa Sharon diculik dari belakang rumah neneknya yang terletak di Alamogordo, New Mexico.

Kronologi kejadian culik

Pada masa kejadian, dua orang kanak-kanak dipercayai ada bersama-sama dengan Sharon sebelum sebuah kereta hijau tua yang agak kotor mula menghampiri dan menawarkan gula-gula beserta pakaian kepada mereka.

Difahamkan, lelaki dan wanita dewasa yang berada di dalam kereta itu dipercayai berkelakuan sedemikian kerana ingin memujuk Sharon untuk memasuki kenderaan tersebut.

Namun, Sharon menolak pelawaan tersebut. Tetapi nasib tidak menyebelahinya apabila dia dipaksa dan diheret ke dalam kereta itu sebelum dibawa lari oleh mereka.

Sejurus kejadian, penculikan itu dilaporkan kepada pihak berkuasa serta-merta, akan tetapi polis tidak dapat mengesan jejak pasangan itu.

“Penculik lelaki memiliki badan kurus dan berhidung mancung serta dengan rambut lurus berwarna perang.

“Manakala wanita itu pula pendek dan seolah-olah mempunyai berat badan berlebihan dengan rambut perang dan berkaca mata,” lapor The Charley Project, memetik Independent.

Ahli keluarga Sharon yang masih ada sekarang turut membantu dalam proses mengenal pasti identitinya.

Ray Chavez iaitu anak saudara Sharon, telah menghadiri sidang media itu bagi mewakili keluarganya kerana ibu kanak-kanak itu sudah meninggal dunia.

Tambah laporan, Ray Chavez turut menzahirkan rasa terima kasihnya kepada ibu pejabat sherif kerana tidak berputus asa dalam kes berkenaan walaupun sudah enam dekad ia ditinggalkan.

Gambar: via The Independent

Sumber: The Independent