Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selepas UK & Australia, Malaysia Jadi Negara Pertama Di Asia Nikmati Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff

Peminat coklat di Malaysia kini boleh menikmati gabungan dua jenama popular dunia apabila Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff secara rasmi dilancarkan di negara ini.

Menggabungkan rasa coklat susu Cadbury Dairy Milk yang lembut dan berkrim dengan tekstur rangup serta rasa karamel ikonik Lotus Biscoff, produk kolaborasi ini menawarkan pengalaman rasa baharu yang pastinya dinanti-nantikan ramai.

Lebih menarik, Malaysia menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang melancarkan Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff selepas kejayaan pelancarannya di United Kingdom dan Australia.

Bukan itu sahaja, setiap bar coklat ini turut dibanggakan kerana dihasilkan secara tempatan di kilang Cadbury Shah Alam, membuktikan keupayaan Malaysia menghasilkan produk bertaraf dunia.

Majlis pelancaran yang berlangsung di The Starhill Kuala Lumpur turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti interaktif termasuk sesi mencuba rasa, pengalaman duo bersama rakan serta ruang bergambar yang meraikan elemen persahabatan dan perkongsian.

Dilancarkan bersempena Hari Persahabatan Sedunia, kolaborasi ini membawa mesej bahawa sesuatu yang manis lebih bermakna apabila dikongsi bersama insan tersayang.

Dengan Lotus Biscoff yang semakin menjadi pilihan dalam penciptaan minuman, pencuci mulut dan trend makanan di Malaysia, gabungan bersama Cadbury Dairy Milk ini pastinya menjadi antara kombinasi rasa yang menarik untuk dicuba.

Cadbury Dairy Milk x Lotus Biscoff kini boleh didapati di seluruh Malaysia menerusi pasar raya, kedai serbaneka serta secara dalam talian melalui TikTok Shop Cadbury Dairy Milk Malaysia.