Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Gambar: BERNAMA

Seludup Vape KLIA: Sindiket Bayar Pegawai Penguatkuasa Ribuan Ringgit Sehari

Athirah

Seludup Vape KLIA: Sindiket Bayar Pegawai Penguatkuasa Ribuan Ringgit Sehari

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) — Sindiket penyeludupan rokok elektronik (vape) di Zon Perdagangan Bebas (FCZ) Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), disyaki membayar rasuah harian sehingga ribuan ringgit sehari kepada pegawai penguat kuasa untuk melepaskan lori yang digunakan dalam aktiviti itu.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata jumlah rasuah itu bergantung kepada jenis lori yang dilepaskan iaitu RM150 bagi lori satu tan, lori tiga tan (RM300) dan lori lima tan (RM500) manakala bayaran RM750 dikenakan untuk kenderaan lima tan ke atas.

“Kekerapan lori pelbagai jenis itu akan keluar dari FCZ KLIA ialah kira-kira 20 buah lori sehari, dengan anggaran nilai rasuah yang diberikan sekitar RM4,000 hingga RM6,000 sehari,” katanya di sini hari ini.

Azam berkata berdasarkan hasil risikan dan siasatan, SPRM percaya sindiket terbabit aktif menjalankan aktiviti penyeludupan rokok elektrik itu sejak 2023.

Semalam, media melaporkan 14 individu termasuk enam pegawai kastam ditahan dalam Op Airways sekitar KLIA dan Putrajaya, kerana disyaki terlibat dalam penyeludupan vape.

Siasatan selama tiga bulan mendedahkan vape itu tidak diikrarkan dan tidak mempunyai dokumen sah, sekali gus menyerupai modus operandi ‘kontena terbang’.

Semua suspek yang ditahan kini direman antara empat hingga lima hari bagi membantu siasatan, kecuali seorang pengarah syarikat yang dilepaskan dengan jaminan SPRM.

Azam berkata pada serbuan tersebut, rampasan dan sitaan vape telah dibuat selain komputer, telefon bimbit, barangan berjenama dan wang tunai dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM17,954,459.

“Buat masa ini, siasatan baru sahaja bermula dan masih dalam tindakan untuk mengenal pasti suspek lain serta penglibatan mereka dalam aktiviti sindiket penyeludupan tersebut,” katanya.

Sumber: BERNAMA