Utama

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

“Semangat Anda Disegani Seluruh Rakyat Malaysia,” Lee Chong Wei Puji Semangat Zii Jia
Bekas pemain badminton perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei memuji semangat yang ditunjukkan oleh Lee Zii Jia (LZJ) susulan bangkit membenam pemain badminton India, Lakshya Sen untuk meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pemain itu selepas berjaya membawa nama negara meraih kejayaan di pentas antarabangsa.
“Semangat anda disegani seluruh rakyat Malaysia! Terima kasih atas pengorbanan anda, Zii Jia!
“Seluruh Malaysia mengucapkan terima kasih kepada anda dan akan terus menyokong anda.
“Terima kasih kerana membawa pulang pingat kedua untuk negara kita.
“Tahniah Zii Jia untuk pingat Olimpik! Perjalanan anda tidak mudah dan semua orang bangga dengan anda! Tak sabar untuk perjalanan seterusnya awak di Olimpik Los Angelas (LA2028),” tulisnya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook.
“Bukan senang memikul tanggungjawab pemain perseorangan nombor satu Malaysia. Saya harap anda akan berjaya di bawah tekanan ini dan membawa pulang emas empat tahun kemudian,” katanya lagi.
Sebelum ini, Chong Wei turut melontarkan kata-kata semangat buat pasangan beregu badminton wanita negara, Pearly-Thinaah.
Ia selepas beregu itu gagal meraih pingat gangsa di Olimpik, namun semangat yang ditonjolkan sudah cukup meraih perhatian rakyat Malaysia.
Menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Chong Wei memberi kata-kata semangat kepada Pearly-Thinaah atas usaha dan permainan yang mereka tunjukkan sepanjang perjalanan mereka di Olimpik.
“Anda berdua sudahpun berikan yang terbaik untuk negara.
“Kita semua ada mata boleh lihat, ada hati boleh rasa tungkus-lumus anda berdua, Pearly dan Thinaah.
“Jangan berasa sedih. Malaysia ucapkan terima kasih kepada anda berdua,” ujarnya.
“Terima kasih,” ucap Chong Wei sambil menggunakan tanda pagar #KitaSemuaTeamMAS.
Sumber: Facebook Lee Chong Wei