Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

SEMASA: Trafik Arah Timur Mulai Perlahan, Ini Beberapa Lokasi Sesak Setakat Ini

Gambar via LLM

Menurut laporan semasa Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), difahamkan laluan trafik arah timur mula perlahan sekitar jam 10.31 pagi tadi.

Mengikut maklumat daripada LLM lagi, trafik tersebut perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak dan juga sebelum masuk ke Terowong Genting Highlands.

Gambar: LLM

Dalam pada itu, menurut LLM, laluan selepas Lukut ke arah Port Dickson juga turut mengalami trafik perlahan sejauh 4 kilometer pada 10.37 pagi tadi.

Selain itu, trafik Slim River ke arah Sungkai, Perak juga mula perlahan di Lebuh Raya PLUS sekitar jam 10.44 pagi tadi.

Gambar: LLM

Sekitar jam 11.06 pagi, trafik perlahan di SDE/E22 ke arah timur di laluan Cahaya Baharu ke Jambatan Sg. Johor dan selepas Jambatan Sg. Johor ke Plaza Tol Penawar.

Gambar: LLM

Laporan terkini di LLM menunjukkan, situasi trafik ke arah timur sebelum masuk Plaza Tol Gombak dari MRR2 serta sebelum masuk Terowong Genting Sempah masih seperti laporan sebelumnya.

Gambar: LLM

Sumber: Lembaga Lebuh Raya Malaysia