Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUCHING, 10 Ogos (Bernama) -- Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan di Sarawak pada pagi ini meningkat kepada sembilan.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan berkenaan ialah Kuching (161), Samarahan (161), Serian (179), Sri Aman (155), Sarikei (155), Sibu (158), Mukah (156), Bintulu (142) dan Samalaju (141).
Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.
Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara.
-- BERNAMA
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan