Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di sembilan negeri sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, dan seluruh negeri Perlis, Melaka serta Johor dijangka hujan.
"Di Kedah, daerah yang dijangka hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula hanya di Hulu Perak.
"Sementara di Kelantan termasuk daerah Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Kuala Krai. Bagi Terengganu pula melibatkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
"Di Pahang, beberapa kawasan diramal hujan seperti Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin. Selain di Negeri Sembilan hanya dua daerah diramal hujan iaitu Jempol dan Tampin," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.